Monday, March 29, 2010

2001-2010



Initial D datang mempengaruhi hidup gua seawal tahun 2001. Masa tu gua baru tingkatan 4. Bermula dengan terjumpa secara tak sengaja jilid kedua komik ni dalam bahasa melayu kat kedai buku 'Pustaka BBU',gua terus ketagih dan obses dengan siri ini. Masa ni terma 'Drift' amatlah rare. Orang ramai lebih gemar menggunakan terma sliding masa tu. Chun Yong,member baik gua kat sekolah yang ajar gua sebut drift nih,beliau jugak yang meminjamkan koleksi lengkap VCD Initial D versi anime dari Stage 1 sampai Stage 2.

Gambar kat atas tu gambar kulit komik Initial D versi bahasa melayu jilid ketiga yang juga cover Initial D peberet gua.Cantik betul rupa AE86 milik Fujiwara Takumi nih,takde cacat cela langsung rekabentuknya. Dikala gua sunyi takde benda nak buat,gua akan amik komik jilid 3 ni dan gua tenung sambil berangan. Dalam anganan gua tu, gua menjangkakan 6-7 tahun akan datang gua mesti pakai AE86 sebab gua kan seorang pelajar sekolah teknik,amik jurusan Kejuruteraan Mekanikal lak tu...abis sekolah nanti mesti masuk universiti,seterusnya jadik Engineer lepas grad nanti. Lagi pun gua dah riki-riki kat majalah Motor Trader yang selalu gua baca secara percuma kat Badan Bookstore Plaza Angsana,rata-rata AE86 harganya sekitar RM15K je masa tu.Kompom gua boleh beli punye sebab gua dah jadik Engineer. Klimaks kepada angan-angan gua nih, gua catat satu spec untuk bakal AE86 gua nanti keatas sekeping kertas dimana gua simpan lagi kertas tu sampai sekarang.


Tapi ni semua cerita 9 tahun yang lalu. Lepas 7-8 bulan gua masuk sekolah teknik baru gua tau,dengan tahap kemalasan belajar gua,memang jelas gua tak bleh jadik Engineer dan terus menukar cita-cita gua menjadik seorang mekanik. Dan begitu juga AE86. Setelah kemunculan filem bangang buatan Hong Kong yang berjaya mendapatkan kebenaran menggunakan nama Initial D pada tahun 2005,harga AE86 kat Mudah.my tak dapat dah RM15K,terkini dah pun mencapai RM70K. Gua rasa macam nak lempang Jay Chou.



err...pada sekutu-sekutu Datsun gua,entri ni tak bermaksud gua nak main Toyota,cuma nak bagi tau gua ada menyimpan hasrat nak pakai AE86.Tapi lu orang pun tau keadaan gua sekarangkan?memang tak mungkin gua mampu nak beli sebuah kereta lama berusia 26 tahun dengan harga RM60K....mana nak carik RM60K cash?

Saturday, March 13, 2010

Mitsubishi Ralliart bungkus,gua macam tak percaya

http://jalopnik.com/5490177/mitsubishis-ralliart-performance-arm-killed-by-carpocalypse

Lu orang baca la sendiri,gua takde mood nak translet. Gua dengar-dengar Evo XI nanti jadi kereta Hybrid.


Kita dalam zaman perubahan,gua rasa macam dah tua. Macam orang tua-tua kita yang suka dengar lagu 60'an tapi pening kepala dengar lagu rock 80'an. Tak mustahil dalam 10-15 tahun lagi,adik-adik kita atau anak-anak kita yang main keta dah tak keluar ayat-ayat 'Gua ingat gua nak layan hi-cam la','Dok,kat gua nak rebore block la,agak-agak piston apa boleh rojak ha?' atau 'Gua nak custom turbo kit la'. Masa tu gua agak-agak ayat-ayat yang popular mesti 'Gua dah oder bateri resing dok,ampere champion punye','Gua nak tapau mangkuk tu,tu pasal gua beli magnet resing ni,mesti kuat punye motor(enjin) kete gua lepas nih'.


Sumber gambar Evo XI:Autocar.co.uk