Bila sebut pasal sistem penghawa dingin,mesti kau orang
ingat prinsip dia macam kipas air di restoran mamak tu kan?
Atas sebab salah kefahaman ini lah biasanya orang tak faham
dengan penyelenggaraan penghawa dingin kereta dan kerap ditipu oleh bengkel.
Konsep yang sebetulnya dalam sistem penghawa dingin bukannya
gas penyejuk (bahasa kejuruteraannya-refrigerant) itu sendiri yang disembur
oleh kipas blower air cond yang menyebabkan ruang dalaman kereta menjadi
sejuk.Apa yang berlaku sebenarnya gas penyejuk itu tadi melalui ‘cooling coil’
yang terletak dibawah papan pemuka (dashboard) kereta seterusnya menyejuk kan cooling
coil tersebut sehingga sejuk seperti
sebongkah ais. Cooling coil yang sejuk ini akan ‘ditiup’ oleh sebuah kipas yang
diletakkan bersebelahan seterusnya menjadikan bahagian dalaman kereta anda
menjadi sejuk.
sumber gambar:http://www.movacs.com |
Bagaimana Cooling coil ini disejukkan oleh gas penyejuk?
Gas penyejuk ini hanya boleh menyejukkan cooling coil ketika
ianya dalam bentuk gas sedangkan ia pada asalnya berbentuk cecair.
Pemampat atau lebih dikenali dengan nama compressor
diperlukan untuk menggerakkan gas dari bentuk gas menjadi cecair dan kemudian
menjadi gas kembali. Compressor berfungsi seperti pam dan digerakkan oleh
enjin kereta menggunakan tali sawat.
Selepas cecair dipam keluar dari pemampat,cecair tersebut
mempunyai suhu yang agak tinggi. Cecair tadi bergerak ke Condensor yang
terletak dihadapan ruang enjin kereta. Pada condensor ini terdapat satu kipas diletakkan. Fungsi kipas
ini adalah untuk menurunkan suhu cecair yang baru sahaja dimampatkan tadi. Setelah
diturunkan suhunya,cecair tadi berubah bentuk menjadi gas dan menuju ke cooling
coil.
Pada masa ini,gas telah betul-betul menyejukan cooling coil.
Maka udara yang disedut oleh kipas blower melalui cooling coil ini berubah
menjadi sejuk sekaligus menyamankan udara didalam kereta anda.
Berbalik pada cerita gas didalam sistem penyaman udara tadi.
Setelah udara dari kipas blower ke cooling coil dialirkan,gas penyejuk kembali
berubah kepada benda cecair. Cecair ini kembali semula ke Compressor dan
mengulangi kembali proses tadi.
Kawalan suhu pada sistem ini pula dikawal dengan suis/sensor
suhu yang dipasang pada cooling coil dan juga klac magnet pada compressor.
Contohnya apabila kita setkan suhu pada 19 darjah celsius,apabila suhu tersebut
ditelah dicapai,klac magnet pada compressor akan ‘dilepas’ dan menyebabkan
compressor tidak berpusing bersama enjin lagi. Apabila suhu mula meningkat
semula,klac magnet tadi akan ‘menangkap’ semula compressor dan ia akan
berpusing mengikut putaran enjin sekaligus memampatkan dan menggerakkan kembali
gas didalam litar.
Jelas bagaimana sistem penyaman udara ini berfungsi?
Sekarang kita beralih pula pada penyelengaraan sistem ini.
Bolehkah gas didalam sistem penghawa dingin ini habis?
Gas tidak mungkin habis kerana gas ini hanya bergerak
didalam litarnya untuk menyejukkan cooling coil. Gas berkurangan boleh terjadi
kerana gas tersebut mungkin terpeluwap keluar dari sistem semasa dimampatkan.
Satu-satunya sebab yang membolehkan gas habis dari sistem adalah kerana
berlakunya kebocoran didalam litar laluan gas tadi sama ada pada
paip,condensor,cooling coil atau mana-mana sahaja yang tempat yang dilalui gas
tersebut.
Perlukah sistem penghawa dingin diservis?
Untuk kereta lama,ya,sistem ini perlu diservis. Servis ini
perlu dilakukan kerana kekotoran pada cooling coil akibat habuk yang disedut
sekali oleh blower motor melekat padanya dan mengurangkan kecekapan sistem ini
berfungsi. Cooling coil ini perlu dikeluarkan dari bawah papan pemuka dan ianya
satu proses yang agak sukar,kebiasaannya memakan kos yang agak mahal.
Untuk kereta baru yang dilengkapi dengan cabin filter/pollen
filter,sistem ini sebenarnya tidak perlu diservis. Cabin filter atau pollen
filter ini terletak diantara blower motor dan cooling coil. Ia berfungsi
sebagai penapis kekotoran dari udara yang disedut oleh blower motor dari
melekat pada cooling coil. Sekiranya anda merasakan penghawa dingin anda lambat
sejuk dan kurang sejuk,tukar sahaja penapis ini dan penghawa dingin anda akan
berfungsi seperti biasa. Ini anda perlu ambil perhatian,kerana ada kedai
aksesori,bengkel,malah pusat servis pengeluar mengatakan yang penghawa dingin
kereta anda perlu diservis dengan kos yang mahal sedangkan kereta tersebut
mempunyai cabin filter!
Simptom ini berlaku adalah kerana Compressor yang kadang-kadang berfungsi kadang-kadang tidak. Walaubagaimanapun,ini bukanlah bermaksud yang Compressor anda rosak kerana yang 'on' atau 'off' Compressor anda itu ialah klac magnet. Ada segelinter bengkel akan mengesyorkan anda menukar unit Compressor baru yang didatangkan sekali dengan klac magnet baru,sedangkan menukar hanya klac magnet tersebut masalah ini akan selesai.