Wednesday, November 10, 2010

Lagenda Yang Masih Hidup.....Selamanya?

Lagenda-biasanya dirujuk sebagai insan atau sesuatu yang wujud sebagai sejarah yang meninggalkan kesan yang hebat,dikenang sepanjang zaman dan agak mustahil ditandingi. Lagenda Tan Sri P.Ramlee misalnya,beliau telah tiada tetapi filem-filem beliau masih segar dalam sanubari rakyat Malaysia. Gua rasa idea dalam filem-filem Prof Razak Mohaideen pun tertinggal 10-15 tahun dengan filem-filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Namun,dalam sesetengah kes, ada juga Lagenda yang masih wujud walaupun dirinya sudah mencapai status lagenda. Hebat sejak ianya wujud,kehebatan tersebut seolah-olah tiada kesudahan.

Honda Civic EF9 SiR dan Toyota Corolla AE86, dua nama yang tak mungkin tak dikenali oleh peminat pemotoran seluruh dunia. Sapa tak kenal memang poser,setakat tulis balik spec Ferrari 360 Modena adik gua yang darjah 5 tu pun reti. Walaupun lahir dalam era 1980'an,kedua-dua model ni kadang-kadang dinafikan status 'old school' mereka sebab bila beraksi tak macam orang tua langsung. Performance parts pun masih dikeluarkan dengan begitu banyak,tengok duit je banyak tak banyak nak beli.


Honda Civic EF9 SiR

Chassis siri EF (Civic generasi keempat) lahir pada tahun 1987. Namun varian EF9 hanya wujud pada tahun 1989. Di berikan lencana SiR,bermaksud ianya lebih berkuasa berbanding EF3 Si yang menggunakan enjin ZC DOHC 1.6 dengan 130ps. EF9 menerima enjin VTEC DOHC B16A berkuasa 160ps-merupakan chassis pertama dalam generasi civic menerima enjin DOHC VTEC,B16A juga pada ketika itu merupakan enjin 'mass production' 1.6l NA paling kuat dalam dunia. Dengan berat badan hanya 990kg dan suspensi rigid jenis double wishbone, EF9 merupakan jentera pembunuh tak kira dijalan lurus atau semasa mengambil selekoh. Memang kereta trek yang hampir sempurna.




Toyota Corolla AE86

Rasanya ni kali ketiga kot dalam blog ni gua cerita menyentuh hal AE86. Lahir dalam tahun 1983,chassis terakhir Corolla menggunakan pacuan belakang. Takde apa teknologi sangat sebenarnya kereta ni,enjin pun cuma pakai 4A-G 1.6l twin cam berkuasa 130ps. Tapi apa yang membuatkan kereta ini lagenda ialah element 'just right' hasil kira-kira yang ajaib dari jurutera Toyota. Berat keseluruhan kereta, panjang wheelbase,kuasa enjin dan nisbah berat depan-belakang memang betul-betul tepat menjadikan ia 'Conering Machine' yang tiada tolok bandingnya. Dalam DVD 'Drift Bible' yang diterbitkan oleh Best Motoring International, Drift King Keiichi Tsuchiya telah mendemonstrasikan betapa hebatnya kereta ini. Beliau boleh mengambil selekoh dengan penggunaan brek yang minimal malah pada selekoh-selekoh tertentu tak payah brek langsung,full throttle dari mula masuk sampai keluar selekoh. Takde kereta lain yang boleh buat aksi sebegitu menjadikannya lagenda sepanjang zaman.




Ketika entri ini ditulis, EF9 sudah pun menjangkau usia 21 tahun manakala AE86 27 tahun. Namun kedua-dua jentera ini masih aktif bertarung secara kompetitif dengan jentera-jentera yang 15-20 tahun lebih muda daripadanya. Masyarakat masih lagi 'whoah' setiap kali kelibat kedua mereka muncul dalam apa-apa perlumbaan. Sekalung penghormatan diberikan kepada jurutera-jurutera yang menghasilkan jentera-jentera ini yang belum pernah disifatkan sebagai lembab didalam mana jua generasi.

Sunday, August 8, 2010

Mitos dalam dunia Automotif:Part 1-Alat Penjimat Petrol





amacam video kat atas?test yang nyata
gua bukan apa,gua kesian kat banyak pengguna yang tertipu dengan fuel saving device yang macam-macam tajuk kat pasaran sekarang ni.Percayalah,kalo ada satu device yang ringkas binaannya,senang dipasang,nescaya ada pengeluar kereta yang akan pasang alat tersebut sebagai peralatan OEM siap-siap masa jual.Tak payah sakit-sakit kepala nak design sistem nyalaan yang canggih macam sistem I-DSi atau pun sistem pemasaan camshaft yang sofistikated macam sistem VVT-i.

Mana-mana insan yang kata dapat rasa perubahan ketara lepas pasang bendalah-bendalah 'ajaib' ni,percayalah...itu adalah kesan daripada psikologi minda. Gua dengan dunia automotif bukan sekadar minat,malah punca rezeki gua adalah dalam industri Automotive maintenance. Kes berkenaan psikologi minda dalam hal baikpulih kenderaan ni gua biasa sangat jumpa. Ada satu kes masa gua keje kat kompeni lama gua dulu, sorang hamba Allah ni komplen kete dia ada banyak bunyi bila langgar lubang,padahal masa gua test kete tu elok jek...takde dengar apa-apa bunyik pun.Penyelesaiannya,gua bawak masuk kete dalam workshop pastu pasukan mekanik gua bukak absorber,lap-lap kasi bersih...pastu pasang balik absorber tu. Gua pulang balik kete kat owner dengan mendakwa absober dah tukar baru,tak payah bayar pasal gua claimkan warranty untuk dia.Gua suruh owner sendiri test drive,hasilnya..keluar daripada mulut owner sendiri,bunyik dah hilang serta handling semakin baik.Amacam?

Apa yang kita dapat dari enjin-enjin terkini talaan kilang,itulah talaan terbaik dari enjin tersebut.Terbaik maksud gua bukanlah kuasa maksimum yang dikeluarkan,atau tahap penjimatan bahanapi yang paling rendah.Tapi terbaik dari segi keseimbangan kuasa dan tahap penggunaan bahanapi.Diorang yang cipta enjin tu,jadi diorang tahu apa benda yang diorang reka.

Gua ingat lagi kata-kata salah sorang cikgu gua masa kat IKM dulu,manusia ni kalo dia buat satu-satu perkara tu berulang kali maksudnya dia tak mencapai apa yang dia nak. Contohnya seorang perokok,kenapa lepas isap sebatang sambung lagi sebatang dan seterusnya? cuba dia isap dua bungkus sekali gus masuk mulut...kompem lepas tu tak isap rokok dah. Sama jugak kalo kita main kete. Kalo rasa-rasa nak buat kete tu jimat bahan api,tak yah dok sibuk carik device kecik-kecik,pasang terus sistem NGV...kompem jimat.Kalo rasa-rasa nak laju,buat step by step dengan cara yang betul bermula dengan upgrade sistem ekzos,sistem induksi,kasi besar piston dan sebagainya...kalo nak shortcut dan banyak duit,tukar enjin besar terus kalo buleh yang dah siap dengan sistem induksi paksaan.

Sebagai seorang Ustaz,mereka mempunyai tanggung jawab mendidik anak bangsa bukan sahaja ditempat mereka dibayar gaji untuk mengajar.Mereka juga mempunyai tanggung jawab sosial selepas waktu kerja untuk memastikan masyarakat sekitar sentiasa mengikut landasan yang sebenar. Begitu juga dengan gua. Allah kurniakan gua dengan ilmu dalam bidang automotif,jadi selain sebagai Penasihat Servis ditempat kerja,gua juga ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat iaitu untuk memastikan masyarakat Malaysia agar dapat menikmati teknologi-teknologi dalam industri automotif ini dengan cara yang betul dan tak tertipu dengan golongan-golongan kapitalis yang mengaut keuntungan dengan pelbagai teknik scam.Jadi kalo gua sergah seller-seller device ajaib ni kat mana-mana,gua tak bermaksud busuk hati nak rosakkan bisnes orang lain..gua cuma nak protect hak pengguna. Ada jugak kadang-kadang tu seller yang membangkitkan kononnya gua ni berfikiran sempit dan tak boleh nak tengok 'orang melayu kita' maju dalam perniagaan. Mintak maaf,gua tak menggelupur langsung dengan kebebalan racism.

Friday, August 6, 2010

OMGJ 2010:The Video

Satu lagi Entri pemalas dari gua



video credit to 8ball pemilik KE30 Ostrolia Look

Monday, July 19, 2010

OMGJ 2010:Gambo sekitar hari kejadian

Disebabkan event kali ni memang mirip event kat Amarika atau kat Ostrolia,jadi penyampaian gua kene la jadi macam blog JNC.com,jenis tak banyak ngomel.Let the pictures do the talking.Ewahh!!


































Sunday, July 18, 2010

OMG 2010! Sakses!sakses! (sambil tersembur air liur)



Gua baru balik dari Mersing nih.Orang-orang Mersing masih lagi trauma dan keliru pasal tiba-tiba Mersing jadik huru-hara,jalan siap jem dengan kete-kete lama selama 2 hari.
Gua takde amik gambo sangat pasal gua super sibuk,nak layan orang depan mata lagi,henpon lagi.Sampai henpon gua bateri flat jenis tak bleh on langsung,puas hati gua.Jadi nanti gua paksa seberapa banyak photographer yang amik gambo upload gambo kat forum dan Pesbuk pastu gua akan share dekat sini.

Apa pun gua nak ucap berjuta-juta terima kasih kat orang-orang dibalik tabir kejayaan besar ini khususnya Cdek,Abah,Ejoi,Bjan,Joe,Kutiq,Pie,Magua,Pokjik,Wan Cina dan semua Comitee Olskool Mega Gathering (O.M.G) Johor 2010!Tanpa korang,gua tentu die hard (mapuh kerah)!

Wednesday, May 26, 2010

Datsun B310 Ikonik!



Gua sebenarnya banyak keje tulis-tulis yang gua nak kene buat ni,tapi feel tu belum masuk. Jadi gua try-try tulis sikit kat blog ni,mana tau feel keje tu datang jap lagi. Kat entry ni gua nak share pasal kete member gua-Pendi Kajang,yang masuk majalah Otomania bulan ni. Seingat gua kete Pendi ni merupakan Datsun B310 sedan tempatan yang kedua masuk dalam majalah tempatan. Yang 1st ada masuk dalam Majalah Kereta 3-4 tahun lepas,B310 lampu bulat sedan UK spec enjin CA18DET.

Kete Pendi ni juga sebenarnya salah satu sumber inspirasi gua sebelum gua beli Datsun merah gua tu. Thread kat forum olskool.org kete si Pendi ni bleh bikin kitab,dia update dari masa dia beli sampai la rupa ala-ala TS-Cup works machine sekarang nih. Pendi juga bermurah hati jual beberapa part B310 kat gua dengan harga mur-mur*.

Nak tau spec pasal kete Pendi nih,bleh la gi beli Majalah Otomania edisi Jun. Kalo gua story pasal kete Pendi kat blog ni nanti tak laku lak Majalah tu nanti.

*mur-mur=murah-murah,terma yang dipopularkan oleh Pendi sendiri.

Wednesday, May 19, 2010

OMGJ 2010: The Poster



Terima kasih banyak kat Pokjik sebab design kan poster ni


jumlah terkini penyertaan:60 bijik

Sunday, May 16, 2010

OMG,sedikit info

untuk makluman,setakat nih sudah 56 bijik kete mengkompemkan diri mereka untuk hadir ke OMGJ 2010.



Kali ni gua nak cerita sikit pasal Olskool Mega Gathering nih. Olskool Mega Gathering mula diadakan buat pertama kalinya pada tahun lepas dimana lokasinya ialah Taman Tasik Permaisuri,Cheras pada 02.08.2009. Idea asal dicetuskan oleh admin-admin dan mod-mod forum olskool.org central seperti Abg Mag,Pokjik dll. Mulanya 50 bijik kete disasarkan untuk menghadiri event tersebut namun akhirnya sejumlah lebih kurang 80 bijik kete olskool dapat dikumpulkan. Event ini juga mendapat kerjasama padu dari Kelab Kereta Lama (KKL).


Coverage Majalah KERETA pada OMG 2009


Idea-idea ini sebenarnya dipengaruhi oleh Japanese Classic Cars Show (JCCS) yang diadakan pada setiap tahun di Amerika yang mana mereka telah memasuki tahun ke-6 pengajuran pada tahun ini (akan diadakan pada bulan september nanti). Event diorang ni lagi besar,sejumlah 300-400 bijik kete yang menyertai setiap kali gathering. Sponsor pun bukan main lagi...bukan kecik-kecik punya sponsor, Toyota USA, Mazda USA, MoonEyes dan banyak lagi. Misi sebenar olskool.org adalah untuk menjadikan OMG sebagai event yang boleh menyaingi JCCS satu masa nanti. Insyallah,sokongan dari para pemilik kereta lama seluruh negara amat kami perlukan

Monday, May 10, 2010

Olskool Mega Gathering (OMG) 2010,Destination:Mersing!

Olskool Mega Gathering 2010 Mersing

Dengan sambutan menggalakkan Olskool Mega Gathering (OMG) 2009,pihak Olskool.org (OS) sekali lagi berbesar hati untuk mengadakan OMG tahun ini. Atas keinginan OS Central untuk berkunjung ke Selatan,Mersing telah dipilih untuk lokasi OMG seterusnya.Jadi, Olskool Mega Gathering 2010 Johor (OMGJ) adalah seperti berikut

tarikh : 18/7/2010 (Ahad)
lokasi : Kawasan Padang Rekreasi Pantai Mersing
waktu : 9pagi - 2 petang

Gambar ehsan International Icon-Kay KE70





Konsep OMG pada kali ini adalah sama dengan konsep tahun lepas.Syarat kelayakan juga sama iaitu KERETA YANG DIPRODUKSI PADA TAHUN 1984 DAN KEBAWAH tidak kira pembuat atau drivetrain (FR-FF-MR-RR-4WD).Apa yang berbeza kali ini ialah pihak OS menjemput semua pemilik persendirian atau kelab-kelab yang mematuhi syarat kelayakan menyertai OMG kali ini. Car Boot Sale juga dibenarkan pada gathering ini,jadi sesiapa berhajat mau menjual barang-barang berkaitan Kereta Olskool adalah digalakkan.

Tempat adalah terhad kepada 100 kereta sahaja,manakala jumlah peserta adalah tidak terhad (bermaksud anda masih lagi boleh menjadi peserta untuk mendapatkan T-Shirt selagi anda MEMBAYAR YURAN PENYERTAAN DAN HADIR PADA OMGJ 2010 walaupun anda tidak membawa kereta sendiri).Yuran penyertaan masih lagi dalam peringkat perbincangan dan dijangka tidak jauh dari yuran tahun lepas (RM20).

Tempat penginapan juga akan diuruskan bagi online/offline verified member OS/KKL. Bayaran/pakej untuk tempat penginapan akan diberitahu selepas pihak Comitee OMGJ menjalankan riki ke kawasan sebenar nanti.

Jadi bagi mereka yang berminat,jangan berlengah,sila sahkan kehadiran anda di bawah sebelum 15 Jun 2010.
Hubungi: Farid Awaludin (019-7502910)

sebagai pencetus semangat,layan video OMG 2009 Tasik Permaisuri Cheras Kuala Lumpur

Monday, April 19, 2010

Gua rindu zaman Homologasi!

Lu orang layan WRC Rally Catalunya (Sepanyol) tahun 1995 ni dulu





Pastu layan pulak generasi terbaru WRC,WRC Rally Catalunya tahun 2008 ni





Ok,apa perasaan lu orang lepas tengok kedua-dua generasi Kejohanan WRC tadi? Mana lagi stim?

Kat sini gua nak luahkan perasaan gua. Gua lagi stim zaman Group A tahun 1995 tu. Tengok cara diorang memandu,pergerakan kereta tu memang mengujakan dan cemas. Bak kata orang banjar 'Adrenalin Pumping'. Mendiang Colin McRae masa muda memang agresif.

Lepas tu tengok pulak WRC tahun 2008. Kereta memang sangat canggih, nak tukar gear pun main cuit-cuit je. Gandingan suspensi yang canggih dan diferential elektro-mekanikal yang softifikated menghasilkan kereta yang betul-betul melekat atas jalan raya. Tapi, kiraan-kiraan tepat yang dilakukan komputer tadi menyebabkan kereta-kereta WRC sekarang menjadi skema. Takde debaran lagi menonton WRC. Dahla kete masing-masing bentuk macam kapal angkasa. Kadang-kadang rasa macam tengok Touring car pun ada.

Thursday, April 15, 2010

Subaru Impreza WRX STi Sedan 2010:Kelahiran Semula Lagenda WReX ?

Sekitar tahun 1995 dulu,ayah gua mempunyai sebuah Subaru Leone GLF sebagai kenderaan seharian beliau. Secara tak langsung,semangat Subaru meresap dalam tubuh gua secara ekstrem. Pada tahun tersebut juga,mendiang Colin McRae menjuarai gelaran Dunia FIA WRC. Secara hakikinya,gua dah jadi peminat fanatik Impreza WRX STi.



Pada New York Motor Show baru-baru ni,Subaru telah melancarkan model WRX STi terbaru. Kali ini konsep Hatchback 5 pintu pada versi sebelumnya telah diganti semula dengan konsep asalnya iaitu Sedan 4 pintu yang mana banyak pihak menyifatkan model ini sebagai kelahiran semula WRX STi yang sebenar. Konsep 5 pintu hatchback pada versi sebelum ini dikatakan tidak berapa digemari oleh para peminat STi kerana terlalu terikut-ikut pengaruh pencabar Subaru dalam WRC iaitu Ford Focus dan Citroen C4. Sejauh mana dakwaan tu gua pun tak tau,tah macam mana diorang buat statistik tah.



Secara asasnya,bahagian mekanikal model baru ni lebih kurang sama dengan model versi sebelumnya. Dikuasakan dengan enjin EJ25 AVCS Turbo berkuasa 305bhp dan dipadankan dengan kotak gear 6 kelajuan. Sistem 4WD dengan Driver Controlled Center Differential (DCCD)yang membolehkan pemandu meng'ejas' bias tork antara gandar depan dan gandar belakang masih menjadi senjata utama yang dibekalkan untuk model terbaru ini.Tidak ketinggalan juga sistem SI-Drive yang membenarkan pemandu memilih antara 3 kerekteristik pemanduan iaitu Intelligent, Sport dan Sport Sharp. Untuk bahagian luaran,gua tertarik dengan rekaan spoiler belakang. Spoiler tu ada mirip-mirip spoiler Impreza paling King dalam hati gua iaitu 22B STi Version. Tapi yang gua kecewa,pintu frameless yang hilang pada versi Hatchback 5 pintu masih belum dikembalikan pada versi Sedan ni.




Dengar-dengar untuk versi JDM,pihak STi dah plan nak kasi keluar versi Spec C. Versi Spec C ni kalo korang nak tau ialah versi yang 'true' resing,bersedia untuk diubahsuai bagi menyertai mana-mana event rali yang dikelaskan dalam Group N atau production Class yang diiktiraf FIA. Spec C ni biasanya dapat kotak gear dengan ratio lebih pendek,ECU yang ditala semula,takde ekon digital,takde power window, rim pun opsyenal-rim besi pekak atau sport rim aloi. Dan yang paling ikonik ialah lubang angin yang boleh dibuka kat atas bumbung (kecik je lubang tu,bukan sun roof),memang rali abis.

Apapun,sebenarnya kembalinya WRX STi Sedan ni takde la menghairahkan gua sangat. Sebagai seorang peminat yang hanya mampu tengok tapi tak mampu beli,gua lebih teruja kalau FIA kembalikan kelas Group A dalam WRC. Gua rindu zaman mendiang Colin McRae, mendiang Richard Burns, Tommi Makinen, Carlos Sainz dan lain-lain yang sezaman. Dalam kelas WRCar yang baru ni tiada lagi kereta homologasi dihasilkan untuk produksi,tiada lagi aksi liar dari sistem 4WD dengan center differential mekanikal.Semua dah pakai sistem suspensi dan differential elektro-mekanikal yang sangat canggih,tak nampak sangat skill liar pemandu dan yang paling gua kecewa,ada ke patut Citroen Xsara,Citroen C4 bleh belasah K.O WRX ngan Evo?cuba bandingkan versi produksi kereta-kereta Citroen tu dengan WRX dan Evo....puiiih!



Sumber: http://paultan.org/

Thursday, April 8, 2010

Merungkai Sedikit Misteri Kamben

Sebelum ni gua ada terjumpa beberapa buah Toyota Starlet KP60/KP61 yang mengenakan bodypart-bodypart (pintu,bonet belakang) yang dibeli dari kedai potong yang mana ada terlekat decal atau emblem 'EFI' padanya. Gua tertanya-tanya,betul ke wujud Kamben injection nih?macam mana rupanya? Teka-teki tersebut terjawab bila gua terjumpa video ni kat youtube:



Video ni juga disekalikan dengan video iklan kamben versi Lisse. Mengikut kajian gua yang tak abis,versi Lisse nih sebenarnye versi yang khas untuk kaum hawa. Aksesori-aksesori yang dibekalkan adalah bersifat feminin. Pendek kata Lisse ni sebenarnya kamben betina. Tapi disebabkan status rare, grill versi Lisse nih ada yang mencecah rm200 sebuah walhal yang stended boleh dibeli dengan harga bawah rm50 je. Dunia....dunia....

Tuesday, April 6, 2010

Penampakkan sosok-sosok Civic 2nd Gen didalam sebuah filem Hollywood

Kat sini gua nak share ngan lu orang semua.Gua baru abis tengok filem bergenre komedi bertajuk 'Employee of The Month'.Dibintangi oleh Dane Cook, Jessica Simpson, dan Dax Shepperd. Secara asasnya,filem ini berkisar tentang politik tempat keje dan kalau lu orang nak tau lebih pasal sinopsis filem ni,boleh la membacanya disini

Apa yang betul-betul menarik perhatian gua dalam filem ni ialah watak Vince Downey (Dax Shepard) menggunakan sebuah Honda Civic 2nd Generation sebagai pengangkutan seharian beliau. Cekidaut video-video yang gua kidnap dari Youtube kat bawah ni





Cuma yang gua terkilan sikit,director filem ni ada kurang peka sikit. Vince cakap kereta dia '81 Honda',sedangkan model sebenarnya model facelift tahun 1983. Kalo 1981 punya lampu bulat macam kete gua.Tapi takpe la,ada jugak 2nd Gen interframe dalam filem ni.

Mana nak dapat DVD/VCD filem ni?ntah....gua pun tak tau. Gua dah redah kedai-kedai DVD terkenal seluruh Johor Bahru,baik yang cetak halal atau cetak rompak...memang tak jumpa. Yang gua tengok ni pun gua donlot pakai Ares.

Akhir kata,politik tempat keje memang ada dekat mana-mana hatta keje kat Amerika sekalipun. Yang penting bagaimana anda menanganinya (peehhh,gua bermadah)

Monday, March 29, 2010

2001-2010



Initial D datang mempengaruhi hidup gua seawal tahun 2001. Masa tu gua baru tingkatan 4. Bermula dengan terjumpa secara tak sengaja jilid kedua komik ni dalam bahasa melayu kat kedai buku 'Pustaka BBU',gua terus ketagih dan obses dengan siri ini. Masa ni terma 'Drift' amatlah rare. Orang ramai lebih gemar menggunakan terma sliding masa tu. Chun Yong,member baik gua kat sekolah yang ajar gua sebut drift nih,beliau jugak yang meminjamkan koleksi lengkap VCD Initial D versi anime dari Stage 1 sampai Stage 2.

Gambar kat atas tu gambar kulit komik Initial D versi bahasa melayu jilid ketiga yang juga cover Initial D peberet gua.Cantik betul rupa AE86 milik Fujiwara Takumi nih,takde cacat cela langsung rekabentuknya. Dikala gua sunyi takde benda nak buat,gua akan amik komik jilid 3 ni dan gua tenung sambil berangan. Dalam anganan gua tu, gua menjangkakan 6-7 tahun akan datang gua mesti pakai AE86 sebab gua kan seorang pelajar sekolah teknik,amik jurusan Kejuruteraan Mekanikal lak tu...abis sekolah nanti mesti masuk universiti,seterusnya jadik Engineer lepas grad nanti. Lagi pun gua dah riki-riki kat majalah Motor Trader yang selalu gua baca secara percuma kat Badan Bookstore Plaza Angsana,rata-rata AE86 harganya sekitar RM15K je masa tu.Kompom gua boleh beli punye sebab gua dah jadik Engineer. Klimaks kepada angan-angan gua nih, gua catat satu spec untuk bakal AE86 gua nanti keatas sekeping kertas dimana gua simpan lagi kertas tu sampai sekarang.


Tapi ni semua cerita 9 tahun yang lalu. Lepas 7-8 bulan gua masuk sekolah teknik baru gua tau,dengan tahap kemalasan belajar gua,memang jelas gua tak bleh jadik Engineer dan terus menukar cita-cita gua menjadik seorang mekanik. Dan begitu juga AE86. Setelah kemunculan filem bangang buatan Hong Kong yang berjaya mendapatkan kebenaran menggunakan nama Initial D pada tahun 2005,harga AE86 kat Mudah.my tak dapat dah RM15K,terkini dah pun mencapai RM70K. Gua rasa macam nak lempang Jay Chou.



err...pada sekutu-sekutu Datsun gua,entri ni tak bermaksud gua nak main Toyota,cuma nak bagi tau gua ada menyimpan hasrat nak pakai AE86.Tapi lu orang pun tau keadaan gua sekarangkan?memang tak mungkin gua mampu nak beli sebuah kereta lama berusia 26 tahun dengan harga RM60K....mana nak carik RM60K cash?

Saturday, March 13, 2010

Mitsubishi Ralliart bungkus,gua macam tak percaya

http://jalopnik.com/5490177/mitsubishis-ralliart-performance-arm-killed-by-carpocalypse

Lu orang baca la sendiri,gua takde mood nak translet. Gua dengar-dengar Evo XI nanti jadi kereta Hybrid.


Kita dalam zaman perubahan,gua rasa macam dah tua. Macam orang tua-tua kita yang suka dengar lagu 60'an tapi pening kepala dengar lagu rock 80'an. Tak mustahil dalam 10-15 tahun lagi,adik-adik kita atau anak-anak kita yang main keta dah tak keluar ayat-ayat 'Gua ingat gua nak layan hi-cam la','Dok,kat gua nak rebore block la,agak-agak piston apa boleh rojak ha?' atau 'Gua nak custom turbo kit la'. Masa tu gua agak-agak ayat-ayat yang popular mesti 'Gua dah oder bateri resing dok,ampere champion punye','Gua nak tapau mangkuk tu,tu pasal gua beli magnet resing ni,mesti kuat punye motor(enjin) kete gua lepas nih'.


Sumber gambar Evo XI:Autocar.co.uk

Thursday, February 25, 2010

Morning Drive: Skudai-Pekan Nenas-Gunung Pulai-Kulai-JB

Pagi tadi,konvoi paling sempoi yang penah gua buat. Tak sampai 10 orang pun join. 4 bijik kete jek. Tapi tetap seronok sebab senang gua organize,masa dapat tepat,perjalanan pon sangat lancar.

Morning drive ni hasil idea spontan Abang Pelam iaitu Hendra 2 hari lepas. Tah macam mana beliau bleh keluar idea,teringat olskool.org JB tak penah buat TT pagi. Jadi dia roger gua,pastu gua hantar SMS kat semua penyamun serta bukak satu topic kat forum.Hasilnya 4 bijik kete jek dapat kumpul. Gua tak kisah,gua nekad...kalo berdua ngan Hendra pon gua on jek pasal bersiar-siar diwaktu pagi nih seronok sebenarnya,jalan clear dan cuaca pon tenang.

Jadi,seperti dirancang,gua tunggu ahli-ahli yang terlibat kat Petronas Taman Sri Pulai Perdana pukul 7.30 pagi.Abang Jobot dah sampai dulu.Dia tak dapat ikut konvoi tapi datang jap kat starting point nak berbual ngan penyamun-penyamun terlibat. Dia datang tak bawak kete tapi bawak motor yang agak olskool juga,Yamaha apa tah....padahal dia dah eksplen kat gua pasal motor tu panjang lebar,tapi hanya singgah sementara je kat peti memori gua. Gua motor-motor nih tak 'into' sangat,lesen motor pon gua takde.


Tak lama lepas tu Cdek sampai,baru abis keje shift malam...amacam? bab-bab camni memang gua respek kat Cdek,kental sungguh. Last sekali,Hendra sampai dekat-dekat pukul 8. Datang bawak Ford Escort mk1,turut serta,adik beliau...'The Rarest Ever Wan Bulldozer'....kenapa gua bagi dia gelaran sedemikian?nanti sampai masanya gua reveal kat dalam blog nih hehehhehehehehehe(gelak sambil angkat-angkat kening).



Konvoi bergerak lebih kurang pukul lapan pagi ikut route Skudai-Pekan Nenas-Gunung Pulai. Kami bergerak secara santai,dalam kelajuan 70km/h-90km/h. Tenang betul drive kat kawasan kampung pepagi buta camni. Sesekali ada mata-mata yang yang merenung konvoi kami sampai nak terpusing 180 darjah tengkuk ekekekekkekeke....ni lah salah satu keseronokan memandu kete olskool,rare,jarang-jarang dapat dilihat atas jalan raya.


Kami sampai kat kaki Gunung Pulai dalam pukul sembilan lebih. Dah sampai,macam biasa...bergambar dulu ekekekekekekeeke




Siap bergambar,kami breakpes sambil mengumpat kat gerai yang terletak betul-betul kat kaki Gunung Pulai. Pekena nasik lemak ngan teh tarik dikala cuaca nyaman dipagi hari serta ditemani bunyi sungai yang mengalir....memang peh.



Tadi 3 bijik,sekarang dah 4 bijik


Mengapa ini terjadi?Sebenarnya kami disertai oleh 2 orang yang terlajak tido iaitu Ude dan Epi yang sampai lebih kurang pukul sepuluh pagi

Selesai mengumpat,kami pun memulakan perjalanan pulang ke JB ikut route Gunung Pulai-Kulai-Highway PLUS ke JB. Route ni agak best kerana ia bersifat Touge.Jadi gua sempat snap 2 gambo je,sebab gua mengambil keputusan untuk Touge secara serius sampai simpang keluar ke tol highway



Sampai kat simpang nak keluar ke tol,kami terserempak dengan geng olskool kelas Bangsawan yang gua syak geng-geng Malaysia Singapore Vintage & Classic Registered (MSVCR) sebab gua ada perasan sebiji Fiat 131 milik seorang Uncle berbangsa cina yang penah ajak gua join MSCVR masa gua belek-belek Fiat dia 2 tahun lepas...siap bagi borang kat gua suruh masuk. Banyak kete rare diorang nih,Chevy Corvette ada sebijik,Volvo 122 Amazon ada 3-4 bijik termasuk sebijik dari versi wagon,Volvo PV1800 a.k.a Volvo the Saint ada 2 bijik Mitsubishi GTO yang masuk majalah My Rides bulan lepas.






Konvoi bangsawan ni gerak dalam pukul 12 tengah hari,lepas diorang gerak,kami pon gerak balik....semayang jumaat oiiiiiiiii!!!!!!