Saturday, January 23, 2010

Errr.....i terbeli lagi sejibik Datsun......

Sharmcos PM gua kat forum,dia cakap dia nak order Datsun Skyline KPGC10 GT-R kat jepun. Dia tanya gua nak order skali tak? Disebabkan offer macam ni tak selalu datang,gua terpaksa setuju walaupon boleh menyebabkan bajet gua lari. Kalau nak diikutkan,ni Datsun gua yang kelima yang bakal gua simpan kat showroom gua. Oh ye,lupa....Skyline yang gua oder nih skala 1:24 je,tak payah pakai AP pon ekekekekekekeke



Sebelum tu gua nak kasi kenal kat lu orang sapa sebenarnya Skyline KPGC10 GT-R nih. Datsun Skyline GT-R KPGC10 dipasarkan sekitar tahun 1969 hingga tahun 1972,merupakan generasi pertama Skyline GT-R selepas jenama 'Skyline' diambil alih oleh Datsun/Nissan daripada Prince Motor Company setelah Prince bergabung dengan Nissan Motor Company pada tahun 1966. KPGC10 lebih popular dengan nama 'Hakosuka' dikalangan peminat-peminat kereta lama seluruh dunia dimana 'Hako' dalam bahasa jepun bermaksud Kotak dan 'Suka' merupakan kependekan daripada nama 'Sukarain' (Sukarain ni sebutan orang jepun sebab diorang pelat 'L',kalo orang banjar sebut: Skyline). Hakosuka GT-R didatangkan dengan enjin S20 2000cc,enam selinder sebaris,twin cam, dan karburator side draf 3 bijik (kalo tak silap gua dari jenama Solex Mikuni) yang menghasilkan 160 bhp-zaman tu memang kuat habis la.

Berbalik pada Hakosuka yang gua beli nih,brand pembuatnya ialah Aoshima. Plastic model ye adik-adik,bukan die cast. Datang cerai-cerai,kene pasang sendiri. Antara sebab kenapa gua terpaksa beli Hakosuka ni ialah,sebab dia takde jual kat Toys 'R' Us, ToyCity,Jusco mahu pun mana-mana kedai mainan dan pasaraya seluruh Malaysia.



Kat luar dia tunjuk gambar rim besi pekak jek,tapi bila bukak kotak....tu dia...dapat rim SSR LongChamp XR4,bibir jauh lebih mangkuk dari Longchamp kat KE70 WanCina



Kereta nih didatangkan dengan 2 set suspensi iaitu set stended jinjang biasa dan set lowered biawak. Sebagai seorang yang resing,gua memilih set lowered biawak.



Tayar pon dia bagi tayar mahal dari jenama Michelin


Interior dia bleh tahan detail,ada set pedal lagi. Gua sengaja set seat driver biar belakang sikit daripada seat passenger disebabkan perut gua agak boroi,dikhuatiri perut sangkut kat stereng nanti.




Emblem yang orang jepun ni bagi memang buat gua jadi jakun,set emblem aloi joy!macam emblem betul!


Body yang dibekalkan memang kosong,pepandai buyer sendiri la nak kasi kaler-kaler. Gua memang suka Hakosuka kaler putih,jadi gua tak spray,cuma pakai paint marker gua kaler kan lampu dan krom trimming pada tempat yang sepatutnya.

Hasilnya.......





Sudah sedia untuk dipamerkan kat showroom 'open air' gua


Showroom open air gua ni nampak macam dah sendat la. Gua ingat macam nak beli gobok display satu, baru nampak mewah macam showroom Hj Fazi yang ada ekon tu. Nanti la gua consider balik. Keta dah siap,jom pegi test drive

Saturday, January 16, 2010

Old school lu FF?

Dah banyak kali juga gua perasan,ada golongan-golongan bila tau gua pakai Civic 2nd Gen, diorang nih macam pandang sinis kat gua. Macam seolah-olah Civic gua nih tak bleh join kelompok old school sebab takde propeller shaft,FF!. Golongan-golongan macam ni anggap old school perlulah FR,boleh mengesot masa corner,layan touge mesti King....FF apa barang,kalo koner laju mesti understeer teruk punye.

Gua nak bagitau skit kat golongan macam ni. Kalo kete setakat bawah 2000cc, tak payah cakap pasal understeer atau oversteer la. Lu try la amik corner pakai KE70 lu tu laju-laju,understeer gak juy.....kat depan enjin 4K je....berat mana sangat. Kalo nak king masa touge, bukan kira kete lu tu FF ke FR...yang penting skill lu dengan kete lu matching,baru cempiyen.

Nih ada sikit video buat renungan pasal FF vs FR ni



Fakta: Civic Team Yamato No.7 tu masih lagi mengekalkan enjin EB1 1200cc asal (tapi gua pasti mesti dah rebore).Diubahsuai sehingga menghasilkan 180bhp tanpa turbo. Perlu diingat,VTEC tak wujud lagi zaman ni.

Friday, January 15, 2010

Malaysiaku aman damai,tiada huru-hara.....

......tapi siang tadi CD player kete gua kene curik masa solat jumaat dalam parking lot mesjid,apa cer? kalo kat shopping komplek lain cerita la....ni kat mesjid joy!




Gua abis semayang,pakai kasut gi tempat parking tengok pintu kete gua tak rapat. Aik? tadi bukan main cantik lagi kunci ni pehal dah tak rapat plak. Gua bukak pintu tengok glovebox dah kene selongkar,barang dah berlambak kat seat passenger. Gua tengok center console...ah,siot....radio dah takde.Hmmmmm,gua pasrah je....radio cap ayam je pon,banyak jual kat kedai Abang'S.

abis kene selongkar barang


Tengah gua kemas-kemas,gua terperasan satu benda yang menaikkan kembali kemarahan gua!


Lu orang nampak tak cover CD Yuna tu?baru gua ingat CD Yuna ada dalam player yang kene curik tu!macam celaka.....radio bleh beli lain,CD Yuna mana nak beli balik? Grrrrrr...gua menahan marah yang amat,kalo gua dapat badol yang rembat player bersama CD Yuna serta pendrive yang tercucuk sekali tu....memang gua seret muka dia atas tar panas tengah hari.

Antara barang yang selamat

CD ori Estrella......gua kene pegi MidVeli baru dapat beli CD nih


Emblem 'Sunny'....sharm tolong gua belikan,direct from Japan


Kasut resing gua,Puma Replicat...seb baik dia tak amik,kalo tak camne gua nak resing ngan Bjan?


Kesimpulannya,gua memang tak puas hati dengan apa yang terjadi....CD Yuna gua pulang balik la badolllllllll!!!!!

Monday, January 11, 2010

Ekod....dulu,kini, dan selamanya...............



Gua ingat lagi masa kecik dulu,kalo orang tanya apa cita-cita gua,gua cakap gua nak jadi dokter. Sebabnya?sebab Dokter Kamal yang kliniknya sebelah Balai Polis Tampoi tempat selalu ayah gua bawak kalo gua sakit tu pakai Honda Ekod SA6. Setiap kali gua pegi klinik dia mesti gua belek 360 darjah kete Dokter Kamal nih. Tahap kekaguman gua kat Ekod Dokter Kamal ni sama tahap dengan kebanyakkan korang tengok Ekod model terbaru kat showroom Honda sekarang. Gua terpesona kat badan Ekod tu yang besar,seat nampak empuk betul,ada arm rest kat tengah-tengah seat belakang,ada power window,kat meter panel ada indicator pintu ngan bonnet belakang berbentuk pandangan kereta dari atas (saling tak tumpah macam indicator kat Ekod CP terbaru) dan button-button kat stereng dia nampak macam boleh tekan-tekan kasi lagi laju(yang sebenarnya button auto cruise,gua mana tau masa tu).

Ayah gua cakap,kalo nak pakai Ekod,kene belajar rajin-rajin sampai jadi Dokter. Akhirnya,gua jadi Dokter kereta. Hari-hari gua dapat bawak Ekod kastemer.

Ni lagi satu video tentang persepsi masyarakat terhadap jenama Honda tahun 80'an dulu
http://www.youtube.com/watch?v=THoQq4TtCGg
Memang dari dulu sampai sekarang,pandangan masyarakat terhadap jenama Honda memang tak berubah. Kalo lu orang perasan, banyak Ekod lama dengan Civic lama mempunyai no. pendaftaran yang cantik.Yang dah pakai no. pendaftaran baru pun banyak sebab owner lama dah amik no. lama letak kat kete baru atau no. lama tu dah kene jual.
Satu lagi,kalo lu orang pegi kedai potong/kedai scrap cari Kaburator Honda,cakap kat tokey tu lu nak cari karburator Datsun*,baru bleh dapat harga murah.Macam celaka kan?

*Karburator Honda lama dengan Karburator Datsun A-series tapak sama,boleh ditukar pakai.

Saturday, January 9, 2010

Kereta Kawan Saya-KE30 ni Ahmad Fairus yang punya!



Lewat era 60'an hingga penghujung era 70'an menyaksikan trend rekabentuk kereta-kereta buatan Amerika Syarikat menampilkan tema 'Coke Bottle Style'. Rekabentuk seperti ini menghasilkan kereta-kereta berimej gagah,jahat dan berotot-otot,maka lahirlah terma 'American Muscle Car' berdasarkan trend rekabentuk zaman tersebut. Enjin-enjin yang dibekalkan untuk 'Muscle Cars' ni pun bleh tahan Muscle,sekitar 3500cc hingga 7000cc. Amacam?dah macam enjin lori. Era ini juga menyaksikan rekabentuk kereta-kereta jepun terikut-ikut dengan trend yang dibawa designer-designer Amerika Syarikat. Lihat sahaja rupa Toyota Celica Liftback TA27/RA28,sumpah macam Ford Mustang Liftback kalo tengok dari belakang. Datsun Skyline GT-R KPGC110 pun apa kurangnya,gagah lagi jahat.Cuma enjin untuk kereta buatan jepun takde la sebesar enjin American Muscle,abis besar pon 2400cc je.Ini kerana jepun mementingkan penjimatan minyak,lagipun kereta-kereta buatan jepun ni tak berat macam American Muscle.....pakai enjin kecik pun dah bleh laju pe. Dan lagi satu,sistem cukai jalan jepun mirip dengan sistem cukai jalan Malaysia,lagi tinggi CC,lagi mahal rodtek...bayangkan kalo 5000cc,berapa riban nak bayar rodtek je,insuran lagi,memang peh.....


Toyota Corolla KE30,dilahirkan pada era yang sama. Tema 'Coke Bottle Style' juga diterapkan pada styling kereta ini,tapi takde la agresif sangat... maklumlah, kereta ini direka bukan untuk tujuan sepot atau resing,ia hanyalah sebuah sedan 4 pintu untuk kegunaan seharian bagi mereka yang sudah berkeluarga.KE30 yang dipaparkan pada kali ini milik seorang forumer tegar olskool.org-Ahmad Fairus atau lebih mesra dengan panggilan Amad yang mana menurut beliau kalo tak login forum satu hari untuk membahan Pendi,boleh menyebabkan beliau hilang selera makan.

Bagi sesiapa yang kurang berminat dalam merestorasi kereta lama pasti tak berapa nampak keistimewaan KE30 Amad ini.Mereka cuma menganggap perbezaan KE30 Amad dengan KE30 pakcik-pakcik dikampung hanyalah keadaannya yang sangat terjaga. Berbeza sekali dengan pandangan penggiat industri kereta lama,1st impression-bukan sikit duit dah dilaburkan untuk restorasi sebegini.



Melihat kedalam enjin bay KE30 Amad ini,sekali lagi jangan tertipu.Nampak macam stended tapi sebenarnya tidak. Enjin 3K 1200cc asal telah ditukar kepada enjin 4K 1300cc yang diambil dari Corolla KE70,dipasang secara plug and play kerana rupa paras luaran enjin 3K dengan 4K ni memang hampir tiada beza. Diatas kertas,enjin 4K mampu menghasilkan sekitar 64 bhp-sama power dengan enjin Mira L200s turbo.64 bhp tu kalo stended,4K Amad ni dah tak stended. Piston asal 4K telah digantikan dengan piston dari enjin 5K yang mana secara matematiknya enjin 4K Amad ni sekarang bersesaran 1500cc. Camshaft juga telah di 'reprofile' pada lobe-lobe asal untuk menghasilkan power band yang lebih responsif. Digandingkan bersama,karburator siri DCNF dari Weber yang mempunyai 2 tekak berdiameter 40mm yang ditala oleh pakar Weber tersohor di Malaysia- Pakcik Ramly Escort. Jangan tak tau,Weber siri DCNF ni juga ialah karburator stended yang dibekalkan untuk Ferrari 308,tapi Ferrari tu pakai 4 bijik sekali,Amad pakai sebijik je. Turut digandingan dengan karburator ini ialah penapis udara jenama Scat.




Amad terkenal sebagai seorang yang mempunyai kepakaran DIY tahap tertinggi.Melihat pada bahagian dalaman kereta beliau,banyak sekali tempat yang mendapat sentuhan peribadi Amad antaranya sistem power window, door pad yang dibalut sendiri dan pemadanan material sound profing disegenap bahagian bawah karpet. Amad masih mengekalkan dashboard asal KE30 dan berjaya mendapatkan panel meter KE30 yang dilengkapi tachometer bina dalam yang amatlah rare. Kalau dah ada sound profing pada bahagian kokpit rugilah kalau takde sistem stereo yang mantap.Kepakaran DIY Amad sekali lagi digunakan untuk memadankan head unit dari Pioneer,power amp,speaker infinity didepan dan speaker caliber dibahagian belakang.

Pada bahagian brek,Amad hanya memadankan brek servo lebih besar yang diambil dari Toyota Starlet EP82 GT yang menurut Amad sudah cukup kuat bila digandingkan dengan kelengkapan sistem brek asal. Pada bahagian suspensi pula,Amad masih mengekalkan suspensi asal KE30 untuk pemanduan yang selesa. Cuma spring depan telah digantikan dengan spring dari Corolla Levin AE86 dan lowering block 1 inci pada bahagian belakang untuk mengelakkan dibahan Kay kerana bersifat jinjang. Anti-roll bar dari Toyota Corona TT141 juga telah dipadankan pada suspensi belakang dan hasilya,kurang daya olengan setiap kali Amad layan touge.

Sport rim adalah perkara yang amat dititik beratkan bagi kebanyakkan ahli-ahli olskool.org. Ini kerana rim yang cantik mampu menutup sebahagian besar karat-karat pada badan kereta pada pandangan zahir.Kalau body kereta takde karat macam kereta Amad ni,pemadanan rim yang mangkuk lagi berkilat mampu membuatkan kereta tersebut kelihatan sangat 'Apam'-gebu dan menyelerakan. Amad telah memilih rim Volks Racing Mesh bersaiz 14X7jj didepan dan 14X7.5jj dibelakang.Offset Amad sendiri tak tau,tapi berdasarkan pengalaman sebagai besi umpil tayar selama setahun offset rim Amad ni sekitar 0 hingga negatif 1,dia punya bibir boleh tahan peh jugak. Rim-rim ini disaluti tayar bersaiz 185/55/R14 di keempat-empat sudut.





Bahagian luaran KE30 Apam ini masih mengekalkan hampir 90% rupa asli dengan kebanyakkan peralatan ditukar baru oleh Amad termasuklah bumper depan dan belakang,tail lamp dan sebagainya. Lampu utama telah ditukar dengan lampu kristal 'after market' dan dilengkapi lampu maghrib jenis LED 7 bijik pada setiap lampu. Grill depan diambil dari model sepot Corolla E30 iaitu Corolla TE37 Levin Hardtop. Grill ini dipadankan dengan sedikit pengubahsuaian sebab Amad tak nak pakai bonet depan dari Levin. Apa yang membuatkan KE30 Amad ini sangat JDM adalah 'bumper overide' yang terletak diantara plat nombor pendaftaran pada bumper depan beliau-rare sungguh. Amad masih mengekalkan warna putih asli KE30 ini untuk mendapatkan efek 'showroom condition'.



Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan proses restorasi kereta Amad ni,anda bolehlah menjengah ke forum olskool.org .Sebarang persoalan tentang KE30 insyallah akan Amad jawab dengan seikhlas hati.

Friday, January 8, 2010

Bleh tahan RARE jugak la



Apa yang rare sangat ngan meter nih?best sangat ke?kete apa punye?

Ok,meter kat atas diambil dari model Datsun B310 Zenki-atau lebih mudah difahami,model permulaan dan dalam kes Datsun B310 ni orang Malaysia lebih mengenalinya dengan nama B310 lampu bulat yang mana tahun produksi nya sekitar tahun 1979.Ia diikuti dengan keluaran Datsun B310 Lampu petak atau Kuoki pada tahun berikutnya hingga tahun 1982.

Peminat-peminat Datsun diMalaysia rata-rata mengetahui platform Datsun B310 untuk pasaran domestik Malaysia majoritinya diproduksikan dalam bentuk sedan 4 pintu dan dilabel dengan nama 120Y-sempena enjin A12 1200cc yang dipasang pada model tersebut. Dan model ini memang tidak dibekalkan dengan tachometer.Namun begitu,pihak Tan Chong Motor ada juga memasarkan versi 'Performance' platform B310 diMalaysia diberi label 140Y. Mempunyai facelift yang sama seperti model sedan,versi 'Performance' ini datang dengan bentuk badan sporty Hatchback 3 pintu,enjin A14 1400cc yang lebih berkuasa,kotak gear gaya resing dengan susunan Dogleg serta bar anti oleng dibahagian belakang untuk prestasi conering yang cekap.Model ini juga didatangkan dengan meter RPM bina-dalam seperti yang saya tunjukkan gambarnya diatas tadi. Memang gaya resing sebenar,duduk kat atas seat pemandu,pegang stereng pastu nampak pulak meter rpm-memang terus rasa nak berlumba lepas tu.

Bagi pemilik Datsun B310 zenki 120Y kalau nak merasa pakai meter RPM bina-dalam ni jangan risau. Meter 140Y ni boleh dipadankan secara plug and play kedalam dashboard 120Y.Mana nak dapat?memang susah sikit nak dapat barang rare ni.....berita baik disini,gambar meter kat atas tu sebenar aku punye,nak jual nih...masih lagi berfungsi,socket semua complete.Harga? RM140,bleh nego lagi,perkhidmatan kurier ke seluruh semenanjung Malaysia disediakan. Call aku ditalian 019-7502910.Aku dah iklankan kat mudah.my,jadi jangan berlengah kalau betul-betul nak ekekekekekekekeke.

lagi gambo kalo tak puas hati

Thursday, January 7, 2010

Corolla E70:Kereta muda-mudi masa kini



‘Alah,KE70 kawan biasa-biasa je….eh,lawa rim awak..bleh tahan mangkuk..nak jual?’-Kamal,Bilal Masjid

‘Kete aku kan lifback,patutnya kat chassis tu tulis TE72…tapi dia tulis KE70 plak…aku ingat kilang salah punch la’-Aepold,Juruteknik Mesin ATM

‘Gua tak jadi angkat Celica TA22 tu sebab gua nak beli KE70 ni…’-Kootiq,Tukang Masak Hotel

‘Dah banyak sangat la budak main KE70…common sangat….sampai menyampah pulak gua tengok’-Pet,Penganggur paling kaya kat JB


Toyota Corolla siri E70 atau lebih dikenali dengan nama KE70,atau dengan lebih glemer lagi digelar KE sahaja(macam la KE20,KE30 tu bukan KE jugak) diMalaysia,merupakan Toyota Corolla generasi ke-4 dalam keluarga Corolla dan dipasarkan bermula pada tahun 1979 hingga 1984 dalam pelbagai bentuk badan serta facelift yang boleh tahan banyak.Kalau ditengok dalam scene old school diMalaysia,model ini merupakan model paling digemari para penggiat cawangan tersebut.Kalau ada TT atau Gath kereta-kereta sekolah lama,memang kompem la KE70 yang akan mendominasi acara tersebut.Tapi kenapa KE70?kenapa tak Datsun B310?kenapa tak Mazda 808?

Pertama-tama sekali sebab ianya Toyota-nama pun dah gah,parts pulak berlambak-harga pun bleh tahan la.Dan yang menyebabkan KE70 mendahalui saudara-mara Toyota nya yang lain ialah kerana sukan bermotor paling glemer sekarang ini iaitu Drift serta kaitan rapatnya dengan AE86 dan anime resing jepun yang terkenal-Initial D. Chasis siri E70 ini merupakan chasis Corolla kedua terakhir yang menggunakan pacuan belakang serta yang pertama mengunakan spring jenis gegelung dibahagian belakang dalam keluarga Corolla. Dipendekkan cerita,chasis asas yang hampir sama dengan chasis lagenda Toyota-AE86 dan menyebabkan banyak parts AE86 termasuk enjin ajaib 4AGE dan kotak gear T50 boleh ditukar pakai secara palam dan main (bak kata bjan,member gua) ke chasis E70 dengan sangat mudah.

Kod Chassis:-Apa maklumat yang Toyota berikan?

Perlu diingatkan,variasi kod chasis siri E70 tidak memperincikan bentuk badan kereta tersebut sama ada sedan,coupe,liftback atau lain-lain secara tepat.Jika kod chasis TE72 diberikan,tak semestinya ianya sebuah coupe.Dijepun terdapat chasis TE72 ini dalam bentuk sedan 4 pintu.Begitu juga kod chasis KE70,ada juga chasis KE70 dikeluarkan dalam bentuk liftback.Jadi apa sebenarnya maksud-maksud abjad dan nombor pada kod chasis yang pihak Toyota bekalkan?

Abjad pertama :Sama ada ‘K’,’T’ atau ‘A’
Abjad pertama dalam kod chasis tersebut memberikan kita maklumat tentang enjin yang dimuatkan dalam chasis tersebut sama ada enjin siri ‘K’,enjin siri ‘T’ atau enjin siri ‘A’
Antara enjin yang diboleh ditemui di Malaysia dimuatkan dalam Corolla siri E70 ini ialah:
Enjin siri ‘K’: 4K(1300cc),5K(1500cc)
Enjin siri ‘A’:3A-U(1500cc)
Enjin siri ‘T’:2T(1600cc single cam),2T-G(1600cc Twin Cam)

Abjad kedua: ‘E’
‘E’ ialah kod istimewa untuk barisan generasi Corolla yang diberikan Toyota.Jika anda ada terbaca mana-mana kod chasis Toyota yang mana abjad kedua nya(atau ketiga bagi mana-mana kod chasis yang mana dimuatkan dengan enjin berkod 2 abjad contohnya enjin siri ZZ) tertulis ‘E’,sudah pasti ianya Corolla.

Nombor ‘7’ selepas Abjad ‘E’
Angka ‘7’ tersebut merujuk kepada generasi,tetapi bukan bermaksud generasi ketujuh.Generasi ketiga Corolla telah menggunakan angka ‘3’,’4’,’5’ dan ‘6’ pada pelbagai model generasi tersebut. Jadi ,Toyota telah menggunakan angka ‘7’ sebagai rujukan untuk Corolla generasi keempat.

Angka ‘0’,’1’,’2’,’3’,’4’,’5’ atau’6’ pada penghujung kod
Angka yang paling hujung ini merujuk pada varian bentuk badan satu-satu generasi,tapi tidak dijelaskan dengan terperinci.Angka ‘0’ hingga ‘2’ boleh dijumpai pada model sedan,coupe,hardtop dan lifback.Manakala angka ‘3’ hingga ‘6’ boleh dijumpai pada model wagon sahaja.

Kesimpulannya,jangan lah kita jadi seperti Aepold yang menyalahkan kilang tak punch chasis dia dengan kod TE72,padahal kete enjin 4K je….sengal,nasib baik gua sempat tahan Kootiq hari tu,kalo tak boleh patah jugak rusuk Aepold kene sodok ngan Kootiq.

Facelift

Bab facelift,toyota memang chempion.Tak macam ada satu kompeni kete kat asia tenggara tu,buat satu platform kete, guna dari tahun 1984 sampai tahun 2008, ada je lagi jual BARU kat showroom,facelift ada la 5 jenis camtu. Dianggarkan ada berpuluh-puluh ratus facelift dihasilkan untuk model E70 ni (gua bedal je ekekekekeke).Jumlah sebenar facelift yang dihasilkan oleh pasukan jurutera ini tak dapat la aku bagitau segala terperinci,banyak sangat....lain negara,lain versi dapat. Yang dapat dilihat secara 'live' diatas jalan raya Malaysia adalah seperti berikut

Facelift DX lampu Bulat-Produksi sekitar tahun 1979


Facelift DX Lampu petak-Produksi sekitar tahun 1980


Facelift DX Lampu petak 'Blackbelt'(pakai bumper plastik/absorber bumper)-Produksi sekitar tahun 1981,facelift terakhir DX sebelum beranjak ke Facelift GL


Facelift GL-Produksi sekitar 1982 hingga 1983



Facelift Sprinter,Sprinter Trueno,Levin-Facelift yang boleh dikatakan agak rare,banyak versi serta amat chempiyen jika memilikinya.Antara facelift cawangan ini yang boleh ditemui

Sprinter




Levin-didatangkan dalam bentuk badan Hardtop,Coupe,dan Liftback


Sprinter Trueno-Kembar kepada Levin,features pada bahagian mekanikal sama,cuma styling sedikit berbeza



Bentuk Badan

Terdapat 6 bentuk badan yang ditawarkan pihak Toyota platform E70 iaitu

Sedan 4 Pintu


Sedan 2 Pintu (rare tahap dewa,gua tak penah lagi jumpa live)


Hardtop


Coupe (ada yang panggil hatchback)


Liftback



Wagon (wagon ni pon sebenarnye ada banyak versi,hi-roof la,low roof la,wagon sprinter la,wagon 2 pintu bla bla bla...dah cukup ilmu nanti gua kupas lagi)





Ok,ada jelas skit pasal model E70 ni?yang aku kupas kat sini baru basic je...belum masuk variasi bumper,variasi emblem,variasi tanduk yang rare-rare.Kalo nak tulis memang tak abis...macam main kete gak,tak penah abis....duniawi semua nih.Jadi kalo nak lebih lagi info pasal E70 ni,boleh la berbincang dengan restorer-restorer tegar E70 seperti Magua,Kay,Wan Cina,Bardke70 dan lain-lain di olskool.org

Wednesday, January 6, 2010

Olskool.org: Southern Region feat. Central Region Konvoi Abah Kawin 2hb-3hb Jan 2010 Part 2

3hb jan 2010,aku bangun lebih kurang pukul 8.Cilakak itu Ude kasi gegar sama aku,malam tu dah tido lambat,apa gila bangun pukul 8? Abih dah memekak tak tentu hala,terpaksa jugak aku bangun.Perkara pertama aku buat lepas bangun,bukak tingkap kat hall bilik,nak tengok camne rupa keadaan sekitar waktu siang






Lepas hirup udara segar campur kabus dari Kluang,aku capai tuala,ubat gigi,berus gigi,pencuci muka dengan sabun masuk bilik air untuk mandi.Boleh tahan besar juga bilik air dia. Kay cakap dia,Amad ngan Wan Cina mandi serentak dalam bilik air tu. Kay pakai shower,Wan Cina mandi dalam bath tub,Amad ceduk air pakai gayung kat sinki. Aku geleng kepala dengar,rosak akhlak bebudak nih.

Siap mandi,aku packing semua barang aku masuk dalam kete,aku tak nak kelam kabut masa nak check out nanti.Dah siap,aku lunas kan hajat aku malam tadi-amik gambo sekitar kawasan rest house hehehehehehehe....











dah puas hati amik gambo,aku ngan Ude gi bilik geng KL,Ude skali lagi buat onar...dia gegar bilik geng KL pulak....aku ikut je,mana adil aku sorang je tak cukup tido kakakakakakakakaka.

Pukul 10.30,semua dah ensem-ensem...yang pompuan plak dah lawa-lawa,semangat berkobar-kobar nak gi sarapan kat Kluang Railway Kopitiam.Bukan aku sorang je dah ngidam nak minum kopi kat situ,setiap penyamun memang dah berhajat lama dah nak sarap kat tempat yang popular tu...tengok dari riak wajah masing-masing memang dah boleh baca.Masa ni Pet dah sampai naik Ford Escort MK2 dia,datang sekali ngan sekutu Escort dia,Faith

Sampai kat tempat dituju lebih kurang pukul 10.45 pagi.Parking?walaupun nampak macam takde harapan,kitorang dapat parking cemerlang beb!






Jalan dengan penuh semangat untuk berkopi-kopi ekekekekekekekekeke





tapi pastu kene kluar balik pasal dah penuh....padan muka semua,kene sarapan kat kedai sebelah ekekekekekekekeke





untuk sedap kan hati sket,aina ngan sara beli serbuk kopi je kat kopitiam tu...



abis sarapan dekat pukul 12.00 tengah hari,kami balik rest house balik untuk urusan check out.Kay melencong jap gi Carwash. Lebihan penyamun-penyamun dari JB sampai kat rest house lebih kurang pukul 12.30 tengah hari,terus sesak parking lot rest house tu sekejap









Urusan check out selamat dilaksanakan lebih kurang 1.15 petang setelah kaunter reception tu call bilik Sara 3 kali tanya bila nak check out. Siap check out,amik gambo dulu kat heli-pad depan rest house





Konvoi bergerak kerumah pengantin lebih kurang pukul 1.30 petang



Sampai rumah pengantin lebih kurang pukul 1.50 petang



Ngam-ngam pengantin nak berarak masuk











Selamat hantar pengantin naik pelamin,kami dijemput makan. Makhluk punya la ramai...tu yang nampak,aku syak makhluk halus pun ramai gak pasal aku tengok si Ude perut 1.3 je,tapi melantak tahap V6 3.2. Aku hold dulu makan-makan nih pasal tak cukup tempat duduk,gi layan shoot pengantin jap. Ada zapin plak,ala-ala Sultan Shaharul Nizam bertahta atas singgahsana dalam filem Nujum Pak Belalang...memang rare la pendek kata.





Selesai makan,tiba lah masa beransur pulang,yang JB akan ke Selatan,yang KL akan ke Utara melalui Projek Lebuh Raya Utara Selatan (gua dah takde idea nak bagi ayat sedap sebenarnye nih).Tapi sebelum tu amik gambo ngan pengantin dulu.



Dalam pukul 3 petang camtu,dah siap salam keruk ngan bapak pengantin,upacara perpisahan berlangsung kat tempat parking kete.Aku amik kesempatan edarkan T-Shirt Olskool.org terbaru yang Pokjik kirim kat Amad untuk geng JB yang dah oder.Dah salam-salam,geng KL gerak dulu diikuti geng JB.Sedih gak masa tu,maklum la bukan senang nak jumpa....selalu dok kutuk mengutuk secara online je kat forum,rare dapat jumpa live camni.







Maka berakhir lah program pada kali ini,aku sampai rumah balik lebih kurang pukul 4.15 petang.
Walaupun badan kami sangat penat,tapi hati kami berasa amat gembira<---kalau tambah ayat ni kat karangan masa UPSR dulu,dapat ekstra 2 markah.



galeri penuh untuk event ini-----> cekidaut