Thursday, February 25, 2010

Morning Drive: Skudai-Pekan Nenas-Gunung Pulai-Kulai-JB

Pagi tadi,konvoi paling sempoi yang penah gua buat. Tak sampai 10 orang pun join. 4 bijik kete jek. Tapi tetap seronok sebab senang gua organize,masa dapat tepat,perjalanan pon sangat lancar.

Morning drive ni hasil idea spontan Abang Pelam iaitu Hendra 2 hari lepas. Tah macam mana beliau bleh keluar idea,teringat olskool.org JB tak penah buat TT pagi. Jadi dia roger gua,pastu gua hantar SMS kat semua penyamun serta bukak satu topic kat forum.Hasilnya 4 bijik kete jek dapat kumpul. Gua tak kisah,gua nekad...kalo berdua ngan Hendra pon gua on jek pasal bersiar-siar diwaktu pagi nih seronok sebenarnya,jalan clear dan cuaca pon tenang.

Jadi,seperti dirancang,gua tunggu ahli-ahli yang terlibat kat Petronas Taman Sri Pulai Perdana pukul 7.30 pagi.Abang Jobot dah sampai dulu.Dia tak dapat ikut konvoi tapi datang jap kat starting point nak berbual ngan penyamun-penyamun terlibat. Dia datang tak bawak kete tapi bawak motor yang agak olskool juga,Yamaha apa tah....padahal dia dah eksplen kat gua pasal motor tu panjang lebar,tapi hanya singgah sementara je kat peti memori gua. Gua motor-motor nih tak 'into' sangat,lesen motor pon gua takde.


Tak lama lepas tu Cdek sampai,baru abis keje shift malam...amacam? bab-bab camni memang gua respek kat Cdek,kental sungguh. Last sekali,Hendra sampai dekat-dekat pukul 8. Datang bawak Ford Escort mk1,turut serta,adik beliau...'The Rarest Ever Wan Bulldozer'....kenapa gua bagi dia gelaran sedemikian?nanti sampai masanya gua reveal kat dalam blog nih hehehhehehehehehe(gelak sambil angkat-angkat kening).



Konvoi bergerak lebih kurang pukul lapan pagi ikut route Skudai-Pekan Nenas-Gunung Pulai. Kami bergerak secara santai,dalam kelajuan 70km/h-90km/h. Tenang betul drive kat kawasan kampung pepagi buta camni. Sesekali ada mata-mata yang yang merenung konvoi kami sampai nak terpusing 180 darjah tengkuk ekekekekkekeke....ni lah salah satu keseronokan memandu kete olskool,rare,jarang-jarang dapat dilihat atas jalan raya.


Kami sampai kat kaki Gunung Pulai dalam pukul sembilan lebih. Dah sampai,macam biasa...bergambar dulu ekekekekekekeeke




Siap bergambar,kami breakpes sambil mengumpat kat gerai yang terletak betul-betul kat kaki Gunung Pulai. Pekena nasik lemak ngan teh tarik dikala cuaca nyaman dipagi hari serta ditemani bunyi sungai yang mengalir....memang peh.



Tadi 3 bijik,sekarang dah 4 bijik


Mengapa ini terjadi?Sebenarnya kami disertai oleh 2 orang yang terlajak tido iaitu Ude dan Epi yang sampai lebih kurang pukul sepuluh pagi

Selesai mengumpat,kami pun memulakan perjalanan pulang ke JB ikut route Gunung Pulai-Kulai-Highway PLUS ke JB. Route ni agak best kerana ia bersifat Touge.Jadi gua sempat snap 2 gambo je,sebab gua mengambil keputusan untuk Touge secara serius sampai simpang keluar ke tol highway



Sampai kat simpang nak keluar ke tol,kami terserempak dengan geng olskool kelas Bangsawan yang gua syak geng-geng Malaysia Singapore Vintage & Classic Registered (MSVCR) sebab gua ada perasan sebiji Fiat 131 milik seorang Uncle berbangsa cina yang penah ajak gua join MSCVR masa gua belek-belek Fiat dia 2 tahun lepas...siap bagi borang kat gua suruh masuk. Banyak kete rare diorang nih,Chevy Corvette ada sebijik,Volvo 122 Amazon ada 3-4 bijik termasuk sebijik dari versi wagon,Volvo PV1800 a.k.a Volvo the Saint ada 2 bijik Mitsubishi GTO yang masuk majalah My Rides bulan lepas.






Konvoi bangsawan ni gerak dalam pukul 12 tengah hari,lepas diorang gerak,kami pon gerak balik....semayang jumaat oiiiiiiiii!!!!!!

Saturday, February 20, 2010

Amerika negara maju


Ni gua nak share sikit. Ada satu Komuniti yang membentuk satu forum yang berasal dari Amerika Syarikat. Diorang ni gilakan kete. Kete apa?jangan tak percaya...diorang gilakan kete Honda cawangan sekolah lama khususnya Civic 1st generation dan 2nd Generation. Dulunya dikenali sebagai civic1200.com,tapi sekarang dah tukar nama 1stgencivic.com. Influen dalam mengubahsuai Cibik gua banyak datangnya dari website dan forum yang mat-mat saleh ni buat.

Website diorang:
http://www.1stgencivic.org/2ndgeneration_civic/index.html
http://www.1stgencivic.org/

Ni plak forum diorang:
http://www.1stgencivic.org/world/c1zr/m1/forum//

DiMalaysia,scene main Civic lama ni bukanlah satu scene yang happening sangat...kurang glemer lagi. Bagi sesiapa yang baru nak start main Civic oldskool atau dah lama main Civic oldskool ni,tak yah la rasa tersisih sebab gua dah google,takde lagi orang Amerika minat nak modipait Saga BLM. Satria GTi dengan Waja tu ada jugak mat saleh area UK ngan Australia main.

Tuesday, February 16, 2010

Kapitalis...Huh!

Mitsubishi Colt Mirage,model yang Mitsubishi Motors Co. buat dimana dalam line-up model-model kereta keluaran mereka kastanya rendah satu anak tangga dibawah model Lancer. Ia disasarkan untuk golongan muda yang baru bekerja dan tak mampu beli Lancer serta belum mempunyai keluarga atau dah ada keluarga tapi anak kecik baru 2 orang,untuk bersama-sama menikmati kejuruteraan ciptaan Mitsubishi. Jadi konsep rekaan untuk model ini adalah lebih kompak daripada Lancer serta mempunyai ciri-ciri berikut:

1)Sepot


2)Jahat


3)Resing


4)Ganahhh


Tadi petang masa gua besiar-siar,ada sebijik Colt Mirage paling baru no plet Singapore berenti betul-betul sebelah kete gua masa tunggu traffic light.


Gua tenung kete tu ada la dalam seminit....tiba-tiba terdetik di hati gua:"Ahh siot...apesal kuntom sangat design kete nih?tak 'MIRAGE' langsung!mana imej VTEC killer Mirage sebelum nih?"

Monday, February 15, 2010

How deep is your dish?


13X7.5jj offset -4 <--------apa yang lu orang paham dengan saiz rim nih?tak paham?
Untuk memahamkan bagi sesapa yang tak paham,gua bagi link baaeeekkk punye kasi belajar macam mana nak kira/baca spec rim

untuk basic baca nih dulu
http://olskool.org/forum/index.php?topic=5336.0

dah paham baru bleh belajar ilmu tinggi skit kat sini
http://olskool.org/forum/index.php?topic=5337.0

Teks disediakan oleh Pengumpul Rim Mangkuk Tahap Tahyul iaitu Abang Magua sebagai pedoman untuk pengikut-pengikut Mazhab JDM Olskool a.k.a Kyusha agar tidak berdosa ketika memilih rim untuk dibeli nanti. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan untuk Abang Magua.

Wednesday, February 10, 2010

Kereta Saya:Cibik Burukz-Rocket In My Mind

Ramai lelaki dan wanita menganggap kereta tu ibarat bini atau awek bagi seorang lelaki. Berbeza dengan gua,gua tak anggap kereta-kereta gua awek atau bini sebab ia lebih bersifat feminin. Kereta merupakan sebuah hasil seni berfalsafah (tapi kereta zaman sekarang dah kurang falsafah,lebih bersifat kapitalis,untung mau lebey,itu pasal Toyota Vios ngan Honda City ada iras-iras Dugong) yang bersifat Maskulin,gagah,pantas...jadi gua anggap kereta-kereta gua sebagai kawan baik/partner/rakan seperjuangan. Hubungan yang gua boleh bayangkan seperti katun jepun bertajuk 'Digimon'-hubungan seperti tuan digimon dan digimon beliau.

Untuk entri pertama gua bulan nih,gua nak story kat korang pasal sahabat baik gua-Cibik Buruk.Banyak cerita gua dengan budak Cibik nih....susah senang bersama,kira Cibik nih identiti kepada diri gua,ramai orang kenal gua lepas nampak Cibik.

Ok,Cibik ni sebenarnya ayah gua beli masa tahun 1998,RM5000 masa tu,daripada member dia nama Panjang.Panjang nih tokey kedai cat,jadi sebelum dia jual kat ayah gua dia dah cat budak Cibik ni kaler putih ikut dalam geran-Snow White.Gila suci si Cibik nih masa tu,stock stended,rim besi siap cap tengah dengan tepi ori Honda. Tujuan utama ayah gua beli Cibik ni ialah untuk kegunaan ibu gua menghantar kami adik beradik pegi sekolah. Masa dekat-dekat nak abis Tingkatan 5,masa tu tahun 2002,ayah gua telah buat satu deal bagi mengelakkan gua menjadi mat rempit (mat rempit tengah up masa tu). Dia janji dengan gua,lepas abis sekolah gua kene amik lesen pakai duit sendiri lepas tu,budak Cibik jadi milik gua. Deal yang senang sangat,pasal takde terlintas pon dalam hati gua nak jadi mat rempit pasal masa tu gua dah pasang angan-angan nak beli Honda Accord SA6 atau Datsun B310.

Jadi,lepas abis spm gua kucar-kacir cari keje. Keje kilang biskut tak sampai sebulan sebab abis kontrek,pastu keje Petrol pam..baru lah dapat kumpul rm700 cash untuk buat amik lesen 'D'. Ayah siap cat baru budak Cibik masa 'hand-over' kat gua. Gua mintak kaler itam-nampak ganas macam Knight Rider,pastu ayah siap tukarkan sepot rim..sepot rim JRD 13 inci proton satria punye...itu pon dah berdarah-darah idung gua bangga. Mana tak nya,siap tayar baru Bridgestone Turanza 185/65/R13 empat bijik.



Gua terpaksa berpisah sementara dengan Cibik pada awal 2004 hingga pertengahan 2005 disebabkan gua berhijrah ke Bandar yang agak errr emmmm errr...Bandar ke? iaitu Bandar diRaja Pekan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ubat-ubat kete. Disebabkan gua duduk asrama selama 3 sem,jadi cibik tak dibawa bersama.Pastu pertengahan 2005 sekali lagi gua berpisah dengan cibik kerana gua dapat sambung study dalam bidang ubat-ubat kete kat bangi pulak...2 sem gua duduk asrama,sem ke-3 gua duduk rumah sewa,jadi Cibik merasa jadi warga Bangi dan sekali sekala 'act' jadi warga kota Kuala Lumpur ekekekekekeke.Masa ni Cibik betul-betul sahabat sejati gua,tak penah membelot,sentiasa membantu gua.....gua ingat kalo Cibik takde,boleh gagal jugak subjek Final Project gua...macam-macam cerita,malas gua nak story kat sini,panjang sangat joy.....

Tahun 2007,gua dah start menceburi bidang automotif secara mainstream di tempat asal gua-Johor Bahru. Sebagai seorang yang berkerjaya, Cibik perlu diolah semula dari segi rupa dan kuasa. Secara perlahan-lahan,maka jadi la Cibik seperti apa yang ada sekarang

Olahan semula cibik bermula dari perubahan warna dulu,gua hantar balik Cibik kat kedai cat,tukar kaler.Kaler kali nih agak resing iaitu Champion White-kaler rasmi Civic Type-R.Tema kali ni ialah JDM,beberapa aksesori JDM telah gua bagi kat Cibik antaranya sepasang side mirror tanduk dari Datsun Bluebird 910 (takde pilihan,nak dapatkan tanduk original Civic 2nd Gen adalah agak mustahil). Lagi satu yang bleh tahan rare (gua ingat gua sorang je dalam Malaysia ni tau benda ni rare) ialah grill depan 2nd Gen JDM dari versi CX. Untuk makluman,Civic CX nih hanya dipasarkan dijepun,model top of the range dalam line-up Civic 2nd generation pada ketika itu, dikuasakan dengan enjin 1.5l, karburator berkembar menghasilkan 85bhp dalam keadaan standard,digunakan dalam 'one make race' kelolaan Honda Motor Co. dan diberi nama 'Super Civic Race' pada tahun 1981. Yang paling gua heran,macam mana lah si Sharm bleh jumpa grill nih kat Penang....nasib baik beliau setuju jual grill ni kat gua dengan harga yang agak munasabah. Last sekali untuk exterior,gua memadankan front spoiler dari Volvo 240 dibahagian dagu Cibik.Untuk bahagian rim dan tayar,gua pakai rim ayam dari negara Taiwan bersaiz 15X6.5jj dan digandingkan dengan tayar Falken Zeix dari negara Jepun bersaiz 195/50/r15 pada keempat-empat sudut.




Masa gua dapat Cibik,bahagian interior nya kaler beige atau kaler Ivory seperti yang tertulis dalam Honda's Electronic Parts Catalouge yang ada dalam PC gua kat tempat keje. Maklumlah,Cibik nih sebenarnye model kosong masa keluar dari showroom dulu...model paling murah,defogger cermin belakang pon takde. Dengan daya usaha gua, gua berjaya menghitamkan seluruh bahagian dalaman Cibik. Bermula dengan dashboard, jam digital original,pastu gua dapat door panel keempat-empat pintu sekali dengan konsol gear yang bleh tahan rare jugak,dan last sekali semua panel-panel plastik kaler hitam. Karpet ori hitam gua tak dapat lagi,tapi gua custom satu pakai karpet surau,sekali dengan speaker box belakang. Sakit badan jugak masa potong karpet nih....2 hari punye keje sebab nak kete strip off semua panel interior dengan seat. Steering dari Nardi dari siri Classico dan horn button Keiichi Tsuchiya dipadankan bersama dengan kemasan-kemasan itam tadi. Untuk sistem hiburan dalam kete,gua buat ala kadar je. Pemain kaset dari Clarion,power-amp cap ayam, speaker Tenvox Blio didepan dan speaker Auto craft dibelakang,cukup untuk mendengarkan suara Ilyana dari band Estrella dengan jelas untuk halwa telinga gua.




Masa mula-mula dapat Cibik dulu,gua bercita-cita nak kasi sumbat enjin VTEC atau sekurang-kurangnya ZC Si pada Cibik. Setelah umur meningkat dewasa,bercampur dengan geng olskool.org, membuat kajian dengan melayari civic1200.com,baru gua sedar...kalo nak pakai lama Cibik,originality perlulah gua menten. Sehinggalah pada suatu hari pada tahun 2007,enjin cibik buat hal,conrod bunyik huhuhuhuhuhu.....
Dengan kebenaran dari bos gua masa tu, Abang Rizal nama dia,dia bagi gua pakai workshop tempat gua keje pada sebelah malam untuk angkat enjin. Gua ikut mazhab civic1200.com kali ni dengan menyumbat enjin EL-1 1.6l dari Honda Accord SA6. Dengan cara ni originality dikekal kerana mounting point enjin sikit pun tak berubah,plug and play,sekali imbas tengok enjin tak ubah macam enjin asal 1.3l dulu. Gua memadankan gearbox lama 1.3l gua kat enjin baru nih untuk respon pick-up yang best. Dalam posisi gear 5,pecutan dari 90km/h ke 140km/h memang cepat untuk dicapai tapi top speed mati sekitar 155km/h. Malangnya,tahun lepas ketika gua cruising sekitar 140kmh-150kmh dalam perjalanan ke Kluang,gearbox Cibik pecah betul betul sebelum masuk RnR Kulai,mujur sempat menggelungsur masuk RnR tu.Towing balik dari Kulai ke Garage70 kat Kampung Melayu Majidee dia punya kos...peh..rabak poket gua...



Setelah insaf dengan perlakuan gua yang kasi sumbat gearbox 1.3 kat enjin 1.6,gua telah memadankan gearbox yang sepatut iaitu gearbox yang juga dari Accord SA6. Hasilnya? kalo nak pecut dari 90km/h ke 140km/h kene drop gear 4....ye,gear 4 boleh dapat 140km/h...gear 5?lu orang bayangkan sendiri...gua punye senyum tak bleh kontrol punye bila jarum speedo meter tu melentok tahap gua sendiri tak percaya.

Lain-lain pada Cibik yang gua tak cerita adalah stended lagi termasuk sistem suspensi (suspensi stended memang selesa,gua malas nak usik) dan sistem brek. Buat masa ni gua stop dulu godek-godek Cibik sebab pada gua dia dah stabil. Gua sekarang tengah sibuk buang duit kat Datsun gua pulak.