Monday, April 19, 2010

Gua rindu zaman Homologasi!

Lu orang layan WRC Rally Catalunya (Sepanyol) tahun 1995 ni dulu





Pastu layan pulak generasi terbaru WRC,WRC Rally Catalunya tahun 2008 ni





Ok,apa perasaan lu orang lepas tengok kedua-dua generasi Kejohanan WRC tadi? Mana lagi stim?

Kat sini gua nak luahkan perasaan gua. Gua lagi stim zaman Group A tahun 1995 tu. Tengok cara diorang memandu,pergerakan kereta tu memang mengujakan dan cemas. Bak kata orang banjar 'Adrenalin Pumping'. Mendiang Colin McRae masa muda memang agresif.

Lepas tu tengok pulak WRC tahun 2008. Kereta memang sangat canggih, nak tukar gear pun main cuit-cuit je. Gandingan suspensi yang canggih dan diferential elektro-mekanikal yang softifikated menghasilkan kereta yang betul-betul melekat atas jalan raya. Tapi, kiraan-kiraan tepat yang dilakukan komputer tadi menyebabkan kereta-kereta WRC sekarang menjadi skema. Takde debaran lagi menonton WRC. Dahla kete masing-masing bentuk macam kapal angkasa. Kadang-kadang rasa macam tengok Touring car pun ada.

Thursday, April 15, 2010

Subaru Impreza WRX STi Sedan 2010:Kelahiran Semula Lagenda WReX ?

Sekitar tahun 1995 dulu,ayah gua mempunyai sebuah Subaru Leone GLF sebagai kenderaan seharian beliau. Secara tak langsung,semangat Subaru meresap dalam tubuh gua secara ekstrem. Pada tahun tersebut juga,mendiang Colin McRae menjuarai gelaran Dunia FIA WRC. Secara hakikinya,gua dah jadi peminat fanatik Impreza WRX STi.



Pada New York Motor Show baru-baru ni,Subaru telah melancarkan model WRX STi terbaru. Kali ini konsep Hatchback 5 pintu pada versi sebelumnya telah diganti semula dengan konsep asalnya iaitu Sedan 4 pintu yang mana banyak pihak menyifatkan model ini sebagai kelahiran semula WRX STi yang sebenar. Konsep 5 pintu hatchback pada versi sebelum ini dikatakan tidak berapa digemari oleh para peminat STi kerana terlalu terikut-ikut pengaruh pencabar Subaru dalam WRC iaitu Ford Focus dan Citroen C4. Sejauh mana dakwaan tu gua pun tak tau,tah macam mana diorang buat statistik tah.



Secara asasnya,bahagian mekanikal model baru ni lebih kurang sama dengan model versi sebelumnya. Dikuasakan dengan enjin EJ25 AVCS Turbo berkuasa 305bhp dan dipadankan dengan kotak gear 6 kelajuan. Sistem 4WD dengan Driver Controlled Center Differential (DCCD)yang membolehkan pemandu meng'ejas' bias tork antara gandar depan dan gandar belakang masih menjadi senjata utama yang dibekalkan untuk model terbaru ini.Tidak ketinggalan juga sistem SI-Drive yang membenarkan pemandu memilih antara 3 kerekteristik pemanduan iaitu Intelligent, Sport dan Sport Sharp. Untuk bahagian luaran,gua tertarik dengan rekaan spoiler belakang. Spoiler tu ada mirip-mirip spoiler Impreza paling King dalam hati gua iaitu 22B STi Version. Tapi yang gua kecewa,pintu frameless yang hilang pada versi Hatchback 5 pintu masih belum dikembalikan pada versi Sedan ni.




Dengar-dengar untuk versi JDM,pihak STi dah plan nak kasi keluar versi Spec C. Versi Spec C ni kalo korang nak tau ialah versi yang 'true' resing,bersedia untuk diubahsuai bagi menyertai mana-mana event rali yang dikelaskan dalam Group N atau production Class yang diiktiraf FIA. Spec C ni biasanya dapat kotak gear dengan ratio lebih pendek,ECU yang ditala semula,takde ekon digital,takde power window, rim pun opsyenal-rim besi pekak atau sport rim aloi. Dan yang paling ikonik ialah lubang angin yang boleh dibuka kat atas bumbung (kecik je lubang tu,bukan sun roof),memang rali abis.

Apapun,sebenarnya kembalinya WRX STi Sedan ni takde la menghairahkan gua sangat. Sebagai seorang peminat yang hanya mampu tengok tapi tak mampu beli,gua lebih teruja kalau FIA kembalikan kelas Group A dalam WRC. Gua rindu zaman mendiang Colin McRae, mendiang Richard Burns, Tommi Makinen, Carlos Sainz dan lain-lain yang sezaman. Dalam kelas WRCar yang baru ni tiada lagi kereta homologasi dihasilkan untuk produksi,tiada lagi aksi liar dari sistem 4WD dengan center differential mekanikal.Semua dah pakai sistem suspensi dan differential elektro-mekanikal yang sangat canggih,tak nampak sangat skill liar pemandu dan yang paling gua kecewa,ada ke patut Citroen Xsara,Citroen C4 bleh belasah K.O WRX ngan Evo?cuba bandingkan versi produksi kereta-kereta Citroen tu dengan WRX dan Evo....puiiih!



Sumber: http://paultan.org/

Thursday, April 8, 2010

Merungkai Sedikit Misteri Kamben

Sebelum ni gua ada terjumpa beberapa buah Toyota Starlet KP60/KP61 yang mengenakan bodypart-bodypart (pintu,bonet belakang) yang dibeli dari kedai potong yang mana ada terlekat decal atau emblem 'EFI' padanya. Gua tertanya-tanya,betul ke wujud Kamben injection nih?macam mana rupanya? Teka-teki tersebut terjawab bila gua terjumpa video ni kat youtube:



Video ni juga disekalikan dengan video iklan kamben versi Lisse. Mengikut kajian gua yang tak abis,versi Lisse nih sebenarnye versi yang khas untuk kaum hawa. Aksesori-aksesori yang dibekalkan adalah bersifat feminin. Pendek kata Lisse ni sebenarnya kamben betina. Tapi disebabkan status rare, grill versi Lisse nih ada yang mencecah rm200 sebuah walhal yang stended boleh dibeli dengan harga bawah rm50 je. Dunia....dunia....

Tuesday, April 6, 2010

Penampakkan sosok-sosok Civic 2nd Gen didalam sebuah filem Hollywood

Kat sini gua nak share ngan lu orang semua.Gua baru abis tengok filem bergenre komedi bertajuk 'Employee of The Month'.Dibintangi oleh Dane Cook, Jessica Simpson, dan Dax Shepperd. Secara asasnya,filem ini berkisar tentang politik tempat keje dan kalau lu orang nak tau lebih pasal sinopsis filem ni,boleh la membacanya disini

Apa yang betul-betul menarik perhatian gua dalam filem ni ialah watak Vince Downey (Dax Shepard) menggunakan sebuah Honda Civic 2nd Generation sebagai pengangkutan seharian beliau. Cekidaut video-video yang gua kidnap dari Youtube kat bawah ni





Cuma yang gua terkilan sikit,director filem ni ada kurang peka sikit. Vince cakap kereta dia '81 Honda',sedangkan model sebenarnya model facelift tahun 1983. Kalo 1981 punya lampu bulat macam kete gua.Tapi takpe la,ada jugak 2nd Gen interframe dalam filem ni.

Mana nak dapat DVD/VCD filem ni?ntah....gua pun tak tau. Gua dah redah kedai-kedai DVD terkenal seluruh Johor Bahru,baik yang cetak halal atau cetak rompak...memang tak jumpa. Yang gua tengok ni pun gua donlot pakai Ares.

Akhir kata,politik tempat keje memang ada dekat mana-mana hatta keje kat Amerika sekalipun. Yang penting bagaimana anda menanganinya (peehhh,gua bermadah)