DiJepun, dengan
adanya media seperti Option Video dan juga majalah-majalah modifikasi yang
mempunyai pengaruh yang kuat, aktiviti mengubahsuai kereta bukan sahaja berada
pada tahap industri malah ianya telah
menjadi suatu budaya untuk masyarakat Jepun. Selain dari pelumba,
'Tuner' juga antara yang dirai persis selebriti dalam budaya moden tersebut.
Nama-nama seperti Susumu Koyama, Smokey Nagata, Isami Amemiya dan tuner era
SpeedHunter seperti Akira Nakai, disanjung bukan sahaja didalam Jepun,malah
sekarang diorang dan boleh buat tour satu dunia macam artis.
DiMalaysia, kita
juga ada tuner yang bertaraf lagenda. Tetapi disebabkan media kita yang kurang
berpengaruh serta kadang-kadang aktiviti mengubahsuai kereta ini ada yang
pandang sama 'level' dengan penjenayah, tuner-tuner lagenda ini hanya dikenali
oleh mereka yang betul-betul 'into' sahaja dalam dunia modifikasi tempatan.
Salah seorang
'lejen' dalam dunia modifikasi tanah air kita ini adalah Haji Amin dari Batu
Pahat,Johor. Haji Amin memang terkenal di Litar Pasir Gudang pada era 80'an
dulu atas kecekapannya menala karburator perlumbaan seperti Weber dan
Dell'ortho. Pada era 90'an beliau adalah orang yang perlu dicari jika anda
mahukan 'tuning' paling sempurna dengan menggunakan kotak komputer 'stand
alone' Microtech.
Toyota Corolla
AE86 merah ini pada asalnya ialah milik Haji Amin yang dibeli dan dibawa keluar
dari 'warehouse' Bank Bumiputera lebih 15 tahun dahulu. Dan sudah tentulah
ketika itu AE86 ini harganya lebih kurang harga KE70 je,bukan macam harga
Proton Persona baru keluar kilang seperti sekarang. Kemudiannya kereta ini
telah diperturunkan ke anaknya iaitu Endra Hazwan atau lebih dikenali dengan
nama Wan Aji untuk digunakan sebagai kenderaan pengangkutan harian.Pada asalnya
kereta ini berwarna putih dengan setup enjin 4A-GE 16V Turbo. Sempena proses
restorasi sepenuhnya kereta ini, Wan turut menukar setup pada enjinnya juga.
Sewaktu kereta
mahu dihantar kebengkel welding dan cat, Ia telah di 'togel' kan sepenuhnya
termasuk enjin bagi membolehkan kesemua bahagian panel badan dan cesi yang
telah mula lemah dan berkarat dibaiki semula. Kemudian keseluruhan badan kereta
ini telah disembur semula dengan kombinasi warna merah dan hitam.Tiada bodykit
after market dipadankan,kesemua set original AE86 Sprinter Trueno kouki
facelift dipadankan semula termasuk roof visor oem Toyota pada cermin belakang
yang sama harga dengan motosikal Modenas MR1. Bonet hadapan pula telah
dikahwinkan dengan skup bonet Renault 5 Turbo serta bampar hadapan dihiasi
dengan sepasang spotlight kuning yang juga aksesori asli dari Toyota.
Setelah
restorasi pada bahagian badan siap,Wan telah memasukkan semula sendiri enjin
pada 86 beliau tetapi bukan enjin 4A-G 16V asal. Kali ini Wan inginkan mood
enjin NA dengan RPM tinggi pula. Jadi Wan memilih enjin 4AGE 20V 4 Throttle
‘Black Top’. Menurut Wan bahagian dalaman enjin ini masih lagi standard,cuma
manifold ekzosnya kini menggunakan manifold 4-1 dari Tonnka,paip ekzos 2.3
inci,muffler S Flow dari 5Zigen, trumpet custom untuk intake 4 throttle.
Kuasa dari enjin
ini disalurkan pada kotak gear asal T50 dan digandingkan dengan klac Ogura
Super Single. Kuasa dari kotak gear yang disalurkan ke roda belakang pula
diagihkan dengan LSD 2 way dari TRD.
Untuk memastikan
AE86 dapat dipandu dengan karekteristik aslinya walaupun telah diubahsuai,
suspensi asal kereta telah diberikan DNA dari TRD. Absorber depan telah
digantikan dengan absorber TRD berserta spring 8kg/mm juga dari TRD. Anti-roll
bar TRD telah menggantikan tugas anti-roll bar asal untuk mengurangkan daya
olengan ketika kereta ini dibelasah laju melalui selekoh. Absorber belakang pula telah digantikan
dengan absorber boleh laras keras-lembut TRD bersama spring TRD 6kg/mm. Dengan
peningkatan kuasa enjin yang tidak begitu ketara,set brek asal 86 ini masih
dikekalkan cuma pad brek depan digantikan dengan pad brek berprestasi tinggi
dari C's manakala pad belakang pula dari Cuvix.
Pada bahagian
dalaman,Wan mengekalkan kesemua aksesori asli Sprinter Trueno termasuk stereng
dan kesemua tempat duduk. Beliau cuma menambah sebuah unit vacum meter dari
Apexi yang diletakkan dibelakang stereng dan meter nisbah campuran udara
bahanapi dari Microtech yang diletakkan diatas pemain cd. Sebuah unit penyegar
udara asli dari Toyota untuk 86 turut kelihatan diletakkan pada bahagian roof
lining.
Akhir
sekali,kita cerita rim pula sebab walaupun ianya sekadar rim,tetapi ia
sebenarnya menceritakan konsep keseluruhan kereta ini yang ingin disampaikan
oleh Wan. Wan berjaya mendapat rim yang agak rare dipasaran iaitu SSR Dori-Dori
iaitu rim yang dinamakan sempena nama Drift King-Keiichi Tsuchiya, bersaiz 15X7
inci offset -2 dihadapan dan 15X7.5 inci offset -5 pada bahagian belakang.
Kesemua rim ini disalut dengan tayar Falken Ziex bersaiz 195/50/R15. Ok,
sekarang kereta Wan ni nampak macam kereta siapa? Ya....macam Keiichi Tsuchiya
punya street car a.ka Touge King,tapi versi warna merah!