Wednesday, February 10, 2010

Kereta Saya:Cibik Burukz-Rocket In My Mind

Ramai lelaki dan wanita menganggap kereta tu ibarat bini atau awek bagi seorang lelaki. Berbeza dengan gua,gua tak anggap kereta-kereta gua awek atau bini sebab ia lebih bersifat feminin. Kereta merupakan sebuah hasil seni berfalsafah (tapi kereta zaman sekarang dah kurang falsafah,lebih bersifat kapitalis,untung mau lebey,itu pasal Toyota Vios ngan Honda City ada iras-iras Dugong) yang bersifat Maskulin,gagah,pantas...jadi gua anggap kereta-kereta gua sebagai kawan baik/partner/rakan seperjuangan. Hubungan yang gua boleh bayangkan seperti katun jepun bertajuk 'Digimon'-hubungan seperti tuan digimon dan digimon beliau.

Untuk entri pertama gua bulan nih,gua nak story kat korang pasal sahabat baik gua-Cibik Buruk.Banyak cerita gua dengan budak Cibik nih....susah senang bersama,kira Cibik nih identiti kepada diri gua,ramai orang kenal gua lepas nampak Cibik.

Ok,Cibik ni sebenarnya ayah gua beli masa tahun 1998,RM5000 masa tu,daripada member dia nama Panjang.Panjang nih tokey kedai cat,jadi sebelum dia jual kat ayah gua dia dah cat budak Cibik ni kaler putih ikut dalam geran-Snow White.Gila suci si Cibik nih masa tu,stock stended,rim besi siap cap tengah dengan tepi ori Honda. Tujuan utama ayah gua beli Cibik ni ialah untuk kegunaan ibu gua menghantar kami adik beradik pegi sekolah. Masa dekat-dekat nak abis Tingkatan 5,masa tu tahun 2002,ayah gua telah buat satu deal bagi mengelakkan gua menjadi mat rempit (mat rempit tengah up masa tu). Dia janji dengan gua,lepas abis sekolah gua kene amik lesen pakai duit sendiri lepas tu,budak Cibik jadi milik gua. Deal yang senang sangat,pasal takde terlintas pon dalam hati gua nak jadi mat rempit pasal masa tu gua dah pasang angan-angan nak beli Honda Accord SA6 atau Datsun B310.

Jadi,lepas abis spm gua kucar-kacir cari keje. Keje kilang biskut tak sampai sebulan sebab abis kontrek,pastu keje Petrol pam..baru lah dapat kumpul rm700 cash untuk buat amik lesen 'D'. Ayah siap cat baru budak Cibik masa 'hand-over' kat gua. Gua mintak kaler itam-nampak ganas macam Knight Rider,pastu ayah siap tukarkan sepot rim..sepot rim JRD 13 inci proton satria punye...itu pon dah berdarah-darah idung gua bangga. Mana tak nya,siap tayar baru Bridgestone Turanza 185/65/R13 empat bijik.



Gua terpaksa berpisah sementara dengan Cibik pada awal 2004 hingga pertengahan 2005 disebabkan gua berhijrah ke Bandar yang agak errr emmmm errr...Bandar ke? iaitu Bandar diRaja Pekan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ubat-ubat kete. Disebabkan gua duduk asrama selama 3 sem,jadi cibik tak dibawa bersama.Pastu pertengahan 2005 sekali lagi gua berpisah dengan cibik kerana gua dapat sambung study dalam bidang ubat-ubat kete kat bangi pulak...2 sem gua duduk asrama,sem ke-3 gua duduk rumah sewa,jadi Cibik merasa jadi warga Bangi dan sekali sekala 'act' jadi warga kota Kuala Lumpur ekekekekekeke.Masa ni Cibik betul-betul sahabat sejati gua,tak penah membelot,sentiasa membantu gua.....gua ingat kalo Cibik takde,boleh gagal jugak subjek Final Project gua...macam-macam cerita,malas gua nak story kat sini,panjang sangat joy.....

Tahun 2007,gua dah start menceburi bidang automotif secara mainstream di tempat asal gua-Johor Bahru. Sebagai seorang yang berkerjaya, Cibik perlu diolah semula dari segi rupa dan kuasa. Secara perlahan-lahan,maka jadi la Cibik seperti apa yang ada sekarang

Olahan semula cibik bermula dari perubahan warna dulu,gua hantar balik Cibik kat kedai cat,tukar kaler.Kaler kali nih agak resing iaitu Champion White-kaler rasmi Civic Type-R.Tema kali ni ialah JDM,beberapa aksesori JDM telah gua bagi kat Cibik antaranya sepasang side mirror tanduk dari Datsun Bluebird 910 (takde pilihan,nak dapatkan tanduk original Civic 2nd Gen adalah agak mustahil). Lagi satu yang bleh tahan rare (gua ingat gua sorang je dalam Malaysia ni tau benda ni rare) ialah grill depan 2nd Gen JDM dari versi CX. Untuk makluman,Civic CX nih hanya dipasarkan dijepun,model top of the range dalam line-up Civic 2nd generation pada ketika itu, dikuasakan dengan enjin 1.5l, karburator berkembar menghasilkan 85bhp dalam keadaan standard,digunakan dalam 'one make race' kelolaan Honda Motor Co. dan diberi nama 'Super Civic Race' pada tahun 1981. Yang paling gua heran,macam mana lah si Sharm bleh jumpa grill nih kat Penang....nasib baik beliau setuju jual grill ni kat gua dengan harga yang agak munasabah. Last sekali untuk exterior,gua memadankan front spoiler dari Volvo 240 dibahagian dagu Cibik.Untuk bahagian rim dan tayar,gua pakai rim ayam dari negara Taiwan bersaiz 15X6.5jj dan digandingkan dengan tayar Falken Zeix dari negara Jepun bersaiz 195/50/r15 pada keempat-empat sudut.




Masa gua dapat Cibik,bahagian interior nya kaler beige atau kaler Ivory seperti yang tertulis dalam Honda's Electronic Parts Catalouge yang ada dalam PC gua kat tempat keje. Maklumlah,Cibik nih sebenarnye model kosong masa keluar dari showroom dulu...model paling murah,defogger cermin belakang pon takde. Dengan daya usaha gua, gua berjaya menghitamkan seluruh bahagian dalaman Cibik. Bermula dengan dashboard, jam digital original,pastu gua dapat door panel keempat-empat pintu sekali dengan konsol gear yang bleh tahan rare jugak,dan last sekali semua panel-panel plastik kaler hitam. Karpet ori hitam gua tak dapat lagi,tapi gua custom satu pakai karpet surau,sekali dengan speaker box belakang. Sakit badan jugak masa potong karpet nih....2 hari punye keje sebab nak kete strip off semua panel interior dengan seat. Steering dari Nardi dari siri Classico dan horn button Keiichi Tsuchiya dipadankan bersama dengan kemasan-kemasan itam tadi. Untuk sistem hiburan dalam kete,gua buat ala kadar je. Pemain kaset dari Clarion,power-amp cap ayam, speaker Tenvox Blio didepan dan speaker Auto craft dibelakang,cukup untuk mendengarkan suara Ilyana dari band Estrella dengan jelas untuk halwa telinga gua.




Masa mula-mula dapat Cibik dulu,gua bercita-cita nak kasi sumbat enjin VTEC atau sekurang-kurangnya ZC Si pada Cibik. Setelah umur meningkat dewasa,bercampur dengan geng olskool.org, membuat kajian dengan melayari civic1200.com,baru gua sedar...kalo nak pakai lama Cibik,originality perlulah gua menten. Sehinggalah pada suatu hari pada tahun 2007,enjin cibik buat hal,conrod bunyik huhuhuhuhuhu.....
Dengan kebenaran dari bos gua masa tu, Abang Rizal nama dia,dia bagi gua pakai workshop tempat gua keje pada sebelah malam untuk angkat enjin. Gua ikut mazhab civic1200.com kali ni dengan menyumbat enjin EL-1 1.6l dari Honda Accord SA6. Dengan cara ni originality dikekal kerana mounting point enjin sikit pun tak berubah,plug and play,sekali imbas tengok enjin tak ubah macam enjin asal 1.3l dulu. Gua memadankan gearbox lama 1.3l gua kat enjin baru nih untuk respon pick-up yang best. Dalam posisi gear 5,pecutan dari 90km/h ke 140km/h memang cepat untuk dicapai tapi top speed mati sekitar 155km/h. Malangnya,tahun lepas ketika gua cruising sekitar 140kmh-150kmh dalam perjalanan ke Kluang,gearbox Cibik pecah betul betul sebelum masuk RnR Kulai,mujur sempat menggelungsur masuk RnR tu.Towing balik dari Kulai ke Garage70 kat Kampung Melayu Majidee dia punya kos...peh..rabak poket gua...



Setelah insaf dengan perlakuan gua yang kasi sumbat gearbox 1.3 kat enjin 1.6,gua telah memadankan gearbox yang sepatut iaitu gearbox yang juga dari Accord SA6. Hasilnya? kalo nak pecut dari 90km/h ke 140km/h kene drop gear 4....ye,gear 4 boleh dapat 140km/h...gear 5?lu orang bayangkan sendiri...gua punye senyum tak bleh kontrol punye bila jarum speedo meter tu melentok tahap gua sendiri tak percaya.

Lain-lain pada Cibik yang gua tak cerita adalah stended lagi termasuk sistem suspensi (suspensi stended memang selesa,gua malas nak usik) dan sistem brek. Buat masa ni gua stop dulu godek-godek Cibik sebab pada gua dia dah stabil. Gua sekarang tengah sibuk buang duit kat Datsun gua pulak.

No comments:

Post a Comment

Rungutan korang