Wednesday, November 10, 2010

Lagenda Yang Masih Hidup.....Selamanya?

Lagenda-biasanya dirujuk sebagai insan atau sesuatu yang wujud sebagai sejarah yang meninggalkan kesan yang hebat,dikenang sepanjang zaman dan agak mustahil ditandingi. Lagenda Tan Sri P.Ramlee misalnya,beliau telah tiada tetapi filem-filem beliau masih segar dalam sanubari rakyat Malaysia. Gua rasa idea dalam filem-filem Prof Razak Mohaideen pun tertinggal 10-15 tahun dengan filem-filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Namun,dalam sesetengah kes, ada juga Lagenda yang masih wujud walaupun dirinya sudah mencapai status lagenda. Hebat sejak ianya wujud,kehebatan tersebut seolah-olah tiada kesudahan.

Honda Civic EF9 SiR dan Toyota Corolla AE86, dua nama yang tak mungkin tak dikenali oleh peminat pemotoran seluruh dunia. Sapa tak kenal memang poser,setakat tulis balik spec Ferrari 360 Modena adik gua yang darjah 5 tu pun reti. Walaupun lahir dalam era 1980'an,kedua-dua model ni kadang-kadang dinafikan status 'old school' mereka sebab bila beraksi tak macam orang tua langsung. Performance parts pun masih dikeluarkan dengan begitu banyak,tengok duit je banyak tak banyak nak beli.


Honda Civic EF9 SiR

Chassis siri EF (Civic generasi keempat) lahir pada tahun 1987. Namun varian EF9 hanya wujud pada tahun 1989. Di berikan lencana SiR,bermaksud ianya lebih berkuasa berbanding EF3 Si yang menggunakan enjin ZC DOHC 1.6 dengan 130ps. EF9 menerima enjin VTEC DOHC B16A berkuasa 160ps-merupakan chassis pertama dalam generasi civic menerima enjin DOHC VTEC,B16A juga pada ketika itu merupakan enjin 'mass production' 1.6l NA paling kuat dalam dunia. Dengan berat badan hanya 990kg dan suspensi rigid jenis double wishbone, EF9 merupakan jentera pembunuh tak kira dijalan lurus atau semasa mengambil selekoh. Memang kereta trek yang hampir sempurna.




Toyota Corolla AE86

Rasanya ni kali ketiga kot dalam blog ni gua cerita menyentuh hal AE86. Lahir dalam tahun 1983,chassis terakhir Corolla menggunakan pacuan belakang. Takde apa teknologi sangat sebenarnya kereta ni,enjin pun cuma pakai 4A-G 1.6l twin cam berkuasa 130ps. Tapi apa yang membuatkan kereta ini lagenda ialah element 'just right' hasil kira-kira yang ajaib dari jurutera Toyota. Berat keseluruhan kereta, panjang wheelbase,kuasa enjin dan nisbah berat depan-belakang memang betul-betul tepat menjadikan ia 'Conering Machine' yang tiada tolok bandingnya. Dalam DVD 'Drift Bible' yang diterbitkan oleh Best Motoring International, Drift King Keiichi Tsuchiya telah mendemonstrasikan betapa hebatnya kereta ini. Beliau boleh mengambil selekoh dengan penggunaan brek yang minimal malah pada selekoh-selekoh tertentu tak payah brek langsung,full throttle dari mula masuk sampai keluar selekoh. Takde kereta lain yang boleh buat aksi sebegitu menjadikannya lagenda sepanjang zaman.




Ketika entri ini ditulis, EF9 sudah pun menjangkau usia 21 tahun manakala AE86 27 tahun. Namun kedua-dua jentera ini masih aktif bertarung secara kompetitif dengan jentera-jentera yang 15-20 tahun lebih muda daripadanya. Masyarakat masih lagi 'whoah' setiap kali kelibat kedua mereka muncul dalam apa-apa perlumbaan. Sekalung penghormatan diberikan kepada jurutera-jurutera yang menghasilkan jentera-jentera ini yang belum pernah disifatkan sebagai lembab didalam mana jua generasi.

1 comment:

  1. Pehh lu orang pertama gua jumpa blogger hardcore pasal kereta. Salut!




    Dan..dan..dan..gua tak faham satu apa pun pasal kereta2 ni. Kahkahkah!

    ReplyDelete

Rungutan korang