Friday, October 24, 2014

Penerangan Berkenaan Sistem Penghawa Dingin Untuk Surirumah Tangga Sepenuh Masa

Bila sebut pasal sistem penghawa dingin,mesti kau orang ingat prinsip dia macam kipas air di restoran mamak tu kan?


Atas sebab salah kefahaman ini lah biasanya orang tak faham dengan penyelenggaraan penghawa dingin kereta dan kerap ditipu oleh bengkel.

Konsep yang sebetulnya dalam sistem penghawa dingin bukannya gas penyejuk (bahasa kejuruteraannya-refrigerant) itu sendiri yang disembur oleh kipas blower air cond yang menyebabkan ruang dalaman kereta menjadi sejuk.Apa yang berlaku sebenarnya gas penyejuk itu tadi melalui ‘cooling coil’ yang terletak dibawah papan pemuka (dashboard) kereta seterusnya menyejuk kan cooling coil tersebut sehingga  sejuk seperti sebongkah ais. Cooling coil yang sejuk ini akan ‘ditiup’ oleh sebuah kipas yang diletakkan bersebelahan seterusnya menjadikan bahagian dalaman kereta anda menjadi sejuk.

sumber gambar:http://www.movacs.com
Bagaimana Cooling coil ini disejukkan oleh gas penyejuk?

Gas penyejuk ini hanya boleh menyejukkan cooling coil ketika ianya dalam bentuk gas sedangkan ia pada asalnya berbentuk cecair.

Pemampat atau lebih dikenali dengan nama compressor diperlukan untuk menggerakkan gas dari bentuk gas menjadi cecair dan kemudian menjadi gas kembali. Compressor berfungsi seperti pam dan digerakkan oleh enjin kereta menggunakan tali sawat.

Selepas cecair dipam keluar dari pemampat,cecair tersebut mempunyai suhu yang agak tinggi. Cecair tadi bergerak ke Condensor yang terletak dihadapan ruang enjin kereta. Pada condensor ini  terdapat satu kipas diletakkan. Fungsi kipas ini adalah untuk menurunkan suhu cecair yang baru sahaja dimampatkan tadi. Setelah diturunkan suhunya,cecair tadi berubah bentuk menjadi gas dan menuju ke cooling coil.

Pada masa ini,gas telah betul-betul menyejukan cooling coil. Maka udara yang disedut oleh kipas blower melalui cooling coil ini berubah menjadi sejuk sekaligus menyamankan udara didalam kereta anda.

Berbalik pada cerita gas didalam sistem penyaman udara tadi. Setelah udara dari kipas blower ke cooling coil dialirkan,gas penyejuk kembali berubah kepada benda cecair. Cecair ini kembali semula ke Compressor dan mengulangi kembali proses tadi.

Kawalan suhu pada sistem ini pula dikawal dengan suis/sensor suhu yang dipasang pada cooling coil dan juga klac magnet pada compressor. Contohnya apabila kita setkan suhu pada 19 darjah celsius,apabila suhu tersebut ditelah dicapai,klac magnet pada compressor akan ‘dilepas’ dan menyebabkan compressor tidak berpusing bersama enjin lagi. Apabila suhu mula meningkat semula,klac magnet tadi akan ‘menangkap’ semula compressor dan ia akan berpusing mengikut putaran enjin sekaligus memampatkan dan menggerakkan kembali gas didalam litar. 

Jelas bagaimana sistem penyaman udara ini berfungsi? Sekarang kita beralih pula pada penyelengaraan sistem ini.

Bolehkah gas didalam sistem penghawa dingin ini habis?

Gas tidak mungkin habis kerana gas ini hanya bergerak didalam litarnya untuk menyejukkan cooling coil. Gas berkurangan boleh terjadi kerana gas tersebut mungkin terpeluwap keluar dari sistem semasa dimampatkan. Satu-satunya sebab yang membolehkan gas habis dari sistem adalah kerana berlakunya kebocoran didalam litar laluan gas tadi sama ada pada paip,condensor,cooling coil atau mana-mana sahaja yang tempat yang dilalui gas tersebut.

Perlukah sistem penghawa dingin diservis?

Untuk kereta lama,ya,sistem ini perlu diservis. Servis ini perlu dilakukan kerana kekotoran pada cooling coil akibat habuk yang disedut sekali oleh blower motor melekat padanya dan mengurangkan kecekapan sistem ini berfungsi. Cooling coil ini perlu dikeluarkan dari bawah papan pemuka dan ianya satu proses yang agak sukar,kebiasaannya memakan kos yang agak mahal.

Untuk kereta baru yang dilengkapi dengan cabin filter/pollen filter,sistem ini sebenarnya tidak perlu diservis. Cabin filter atau pollen filter ini terletak diantara blower motor dan cooling coil. Ia berfungsi sebagai penapis kekotoran dari udara yang disedut oleh blower motor dari melekat pada cooling coil. Sekiranya anda merasakan penghawa dingin anda lambat sejuk dan kurang sejuk,tukar sahaja penapis ini dan penghawa dingin anda akan berfungsi seperti biasa. Ini anda perlu ambil perhatian,kerana ada kedai aksesori,bengkel,malah pusat servis pengeluar mengatakan yang penghawa dingin kereta anda perlu diservis dengan kos yang mahal sedangkan kereta tersebut mempunyai cabin filter!

Sekiranya terjadi simptom 'kejap sejuk,kejap tak sejuk',apakah kemungkinan kerosakan yang berlaku.

Simptom ini berlaku adalah kerana Compressor yang kadang-kadang berfungsi kadang-kadang tidak. Walaubagaimanapun,ini bukanlah bermaksud yang Compressor anda rosak kerana yang 'on' atau 'off' Compressor anda itu ialah klac magnet. Ada segelinter bengkel akan mengesyorkan anda menukar unit Compressor baru yang didatangkan sekali dengan klac magnet baru,sedangkan menukar hanya klac magnet tersebut masalah ini akan selesai.  

No comments:

Post a Comment

Rungutan korang