Thursday, April 15, 2010

Subaru Impreza WRX STi Sedan 2010:Kelahiran Semula Lagenda WReX ?

Sekitar tahun 1995 dulu,ayah gua mempunyai sebuah Subaru Leone GLF sebagai kenderaan seharian beliau. Secara tak langsung,semangat Subaru meresap dalam tubuh gua secara ekstrem. Pada tahun tersebut juga,mendiang Colin McRae menjuarai gelaran Dunia FIA WRC. Secara hakikinya,gua dah jadi peminat fanatik Impreza WRX STi.



Pada New York Motor Show baru-baru ni,Subaru telah melancarkan model WRX STi terbaru. Kali ini konsep Hatchback 5 pintu pada versi sebelumnya telah diganti semula dengan konsep asalnya iaitu Sedan 4 pintu yang mana banyak pihak menyifatkan model ini sebagai kelahiran semula WRX STi yang sebenar. Konsep 5 pintu hatchback pada versi sebelum ini dikatakan tidak berapa digemari oleh para peminat STi kerana terlalu terikut-ikut pengaruh pencabar Subaru dalam WRC iaitu Ford Focus dan Citroen C4. Sejauh mana dakwaan tu gua pun tak tau,tah macam mana diorang buat statistik tah.



Secara asasnya,bahagian mekanikal model baru ni lebih kurang sama dengan model versi sebelumnya. Dikuasakan dengan enjin EJ25 AVCS Turbo berkuasa 305bhp dan dipadankan dengan kotak gear 6 kelajuan. Sistem 4WD dengan Driver Controlled Center Differential (DCCD)yang membolehkan pemandu meng'ejas' bias tork antara gandar depan dan gandar belakang masih menjadi senjata utama yang dibekalkan untuk model terbaru ini.Tidak ketinggalan juga sistem SI-Drive yang membenarkan pemandu memilih antara 3 kerekteristik pemanduan iaitu Intelligent, Sport dan Sport Sharp. Untuk bahagian luaran,gua tertarik dengan rekaan spoiler belakang. Spoiler tu ada mirip-mirip spoiler Impreza paling King dalam hati gua iaitu 22B STi Version. Tapi yang gua kecewa,pintu frameless yang hilang pada versi Hatchback 5 pintu masih belum dikembalikan pada versi Sedan ni.




Dengar-dengar untuk versi JDM,pihak STi dah plan nak kasi keluar versi Spec C. Versi Spec C ni kalo korang nak tau ialah versi yang 'true' resing,bersedia untuk diubahsuai bagi menyertai mana-mana event rali yang dikelaskan dalam Group N atau production Class yang diiktiraf FIA. Spec C ni biasanya dapat kotak gear dengan ratio lebih pendek,ECU yang ditala semula,takde ekon digital,takde power window, rim pun opsyenal-rim besi pekak atau sport rim aloi. Dan yang paling ikonik ialah lubang angin yang boleh dibuka kat atas bumbung (kecik je lubang tu,bukan sun roof),memang rali abis.

Apapun,sebenarnya kembalinya WRX STi Sedan ni takde la menghairahkan gua sangat. Sebagai seorang peminat yang hanya mampu tengok tapi tak mampu beli,gua lebih teruja kalau FIA kembalikan kelas Group A dalam WRC. Gua rindu zaman mendiang Colin McRae, mendiang Richard Burns, Tommi Makinen, Carlos Sainz dan lain-lain yang sezaman. Dalam kelas WRCar yang baru ni tiada lagi kereta homologasi dihasilkan untuk produksi,tiada lagi aksi liar dari sistem 4WD dengan center differential mekanikal.Semua dah pakai sistem suspensi dan differential elektro-mekanikal yang sangat canggih,tak nampak sangat skill liar pemandu dan yang paling gua kecewa,ada ke patut Citroen Xsara,Citroen C4 bleh belasah K.O WRX ngan Evo?cuba bandingkan versi produksi kereta-kereta Citroen tu dengan WRX dan Evo....puiiih!



Sumber: http://paultan.org/

No comments:

Post a Comment

Rungutan korang