Tuesday, September 16, 2014

Lagenda Haji Amin!


DiJepun, dengan adanya media seperti Option Video dan juga majalah-majalah modifikasi yang mempunyai pengaruh yang kuat, aktiviti mengubahsuai kereta bukan sahaja berada pada tahap industri malah ianya telah  menjadi suatu budaya untuk masyarakat Jepun. Selain dari pelumba, 'Tuner' juga antara yang dirai persis selebriti dalam budaya moden tersebut. Nama-nama seperti Susumu Koyama, Smokey Nagata, Isami Amemiya dan tuner era SpeedHunter seperti Akira Nakai, disanjung bukan sahaja didalam Jepun,malah sekarang diorang dan boleh buat tour satu dunia macam artis.


DiMalaysia, kita juga ada tuner yang bertaraf lagenda. Tetapi disebabkan media kita yang kurang berpengaruh serta kadang-kadang aktiviti mengubahsuai kereta ini ada yang pandang sama 'level' dengan penjenayah, tuner-tuner lagenda ini hanya dikenali oleh mereka yang betul-betul 'into' sahaja dalam dunia modifikasi tempatan.



Salah seorang 'lejen' dalam dunia modifikasi tanah air kita ini adalah Haji Amin dari Batu Pahat,Johor. Haji Amin memang terkenal di Litar Pasir Gudang pada era 80'an dulu atas kecekapannya menala karburator perlumbaan seperti Weber dan Dell'ortho. Pada era 90'an beliau adalah orang yang perlu dicari jika anda mahukan 'tuning' paling sempurna dengan menggunakan kotak komputer 'stand alone' Microtech.

Toyota Corolla AE86 merah ini pada asalnya ialah milik Haji Amin yang dibeli dan dibawa keluar dari 'warehouse' Bank Bumiputera lebih 15 tahun dahulu. Dan sudah tentulah ketika itu AE86 ini harganya lebih kurang harga KE70 je,bukan macam harga Proton Persona baru keluar kilang seperti sekarang. Kemudiannya kereta ini telah diperturunkan ke anaknya iaitu Endra Hazwan atau lebih dikenali dengan nama Wan Aji untuk digunakan sebagai kenderaan pengangkutan harian.Pada asalnya kereta ini berwarna putih dengan setup enjin 4A-GE 16V Turbo. Sempena proses restorasi sepenuhnya kereta ini, Wan turut menukar setup pada enjinnya juga.


Sewaktu kereta mahu dihantar kebengkel welding dan cat, Ia telah di 'togel' kan sepenuhnya termasuk enjin bagi membolehkan kesemua bahagian panel badan dan cesi yang telah mula lemah dan berkarat dibaiki semula. Kemudian keseluruhan badan kereta ini telah disembur semula dengan kombinasi warna merah dan hitam.Tiada bodykit after market dipadankan,kesemua set original AE86 Sprinter Trueno kouki facelift dipadankan semula termasuk roof visor oem Toyota pada cermin belakang yang sama harga dengan motosikal Modenas MR1. Bonet hadapan pula telah dikahwinkan dengan skup bonet Renault 5 Turbo serta bampar hadapan dihiasi dengan sepasang spotlight kuning yang juga aksesori asli dari Toyota.


Setelah restorasi pada bahagian badan siap,Wan telah memasukkan semula sendiri enjin pada 86 beliau tetapi bukan enjin 4A-G 16V asal. Kali ini Wan inginkan mood enjin NA dengan RPM tinggi pula. Jadi Wan memilih enjin 4AGE 20V 4 Throttle ‘Black Top’. Menurut Wan bahagian dalaman enjin ini masih lagi standard,cuma manifold ekzosnya kini menggunakan manifold 4-1 dari Tonnka,paip ekzos 2.3 inci,muffler S Flow dari 5Zigen, trumpet custom untuk intake 4 throttle.



Kuasa dari enjin ini disalurkan pada kotak gear asal T50 dan digandingkan dengan klac Ogura Super Single. Kuasa dari kotak gear yang disalurkan ke roda belakang pula diagihkan dengan LSD 2 way dari TRD.



Untuk memastikan AE86 dapat dipandu dengan karekteristik aslinya walaupun telah diubahsuai, suspensi asal kereta telah diberikan DNA dari TRD. Absorber depan telah digantikan dengan absorber TRD berserta spring 8kg/mm juga dari TRD. Anti-roll bar TRD telah menggantikan tugas anti-roll bar asal untuk mengurangkan daya olengan ketika kereta ini dibelasah laju melalui selekoh.  Absorber belakang pula telah digantikan dengan absorber boleh laras keras-lembut TRD bersama spring TRD 6kg/mm. Dengan peningkatan kuasa enjin yang tidak begitu ketara,set brek asal 86 ini masih dikekalkan cuma pad brek depan digantikan dengan pad brek berprestasi tinggi dari C's manakala pad belakang pula dari Cuvix.


Pada bahagian dalaman,Wan mengekalkan kesemua aksesori asli Sprinter Trueno termasuk stereng dan kesemua tempat duduk. Beliau cuma menambah sebuah unit vacum meter dari Apexi yang diletakkan dibelakang stereng dan meter nisbah campuran udara bahanapi dari Microtech yang diletakkan diatas pemain cd. Sebuah unit penyegar udara asli dari Toyota untuk 86 turut kelihatan diletakkan pada bahagian roof lining.






Akhir sekali,kita cerita rim pula sebab walaupun ianya sekadar rim,tetapi ia sebenarnya menceritakan konsep keseluruhan kereta ini yang ingin disampaikan oleh Wan. Wan berjaya mendapat rim yang agak rare dipasaran iaitu SSR Dori-Dori iaitu rim yang dinamakan sempena nama Drift King-Keiichi Tsuchiya, bersaiz 15X7 inci offset -2 dihadapan dan 15X7.5 inci offset -5 pada bahagian belakang. Kesemua rim ini disalut dengan tayar Falken Ziex bersaiz 195/50/R15. Ok, sekarang kereta Wan ni nampak macam kereta siapa? Ya....macam Keiichi Tsuchiya punya street car a.ka Touge King,tapi versi warna merah!




1 comment:

Rungutan korang