Friday, January 1, 2010

Sekapur Sireh

Hmmmm…posting pertama aku,nak tulis apa ek?ok la salam perkenalan…untuk posting pertama ni,aku perkenalkan diri dulu…nama ayah aku bagi Farid,tapi nama kengkawan panggil Pared…versi pendek skit,Red. Ada gak yang panggil aku payed,tapi aku tak berapa berkenan pasal meleweh sangat.

Berkerja dalam bidang automotif,aktiviti lepas keje pon berkisar automotif….kadang bawak ke tidur menatang automotif nih.Jadi blog aku nih akan banyak berkisar tentang dunia aku dan kawan baik serta peneman setia aku-Cibik Buruk,sebuah Honda Civic Generasi Kedua keluaran 1981….atau secara lebih jelas lagi blog ni akan berkisar tentang dunia automotif cawangan sekolah lama.Dunia automotif sekolah baru juga akan dikupas secara kecil-kecilan dalam rangka membina bakat untuk celen Jeremi Klaksen satu hari nanti…(siap arr lu Jeremi,gua dah terer nanti gua nak kasi letup Aston Martin yang lu suka sangat tu).Sebenarnya aku start tulis-tulis pasal automotif ni sejak zaman sekolah dulu…obses gila..tapi tak penah publish kat mana-mana sebab segan,maklumla…aku pon tak yakin apa yang aku tulis tu betul ke tidak.Zaman belajar-belajar,memang banyak aku tulis,tapi semua hantar kat lecturer la…sebab ditulis sebagai assignment ekekekekeke.Start zaman keje aku banyak membebel kat forum je,malas dah nak menulis….sehingga lah geng-geng gomen buat kelakar dengan mengumumkan Dasar Automotif Negara (DAN) bulan sepuluh tahun lepas….dengan lancarnya aku menulis satu notes kat pesbuk bertajuk Kenapa?.Lepas tulis tu rasa nak tulis lagi,jadi aku cari masa yang sesuai,siap-sediakan diri untuk menulis blog…maka terwujud la blog yang ada sekarang ni.

Ok,sekarang sapa boleh terangkan kenapa kat buku teks sekolah,novel-novel dan sewaktu dengannya suka pakai tajuk sekapur sireh untuk ruangan pengenalan?aku betul-betul tak paham nih!

No comments:

Post a Comment

Rungutan korang