Saturday, January 9, 2010

Kereta Kawan Saya-KE30 ni Ahmad Fairus yang punya!



Lewat era 60'an hingga penghujung era 70'an menyaksikan trend rekabentuk kereta-kereta buatan Amerika Syarikat menampilkan tema 'Coke Bottle Style'. Rekabentuk seperti ini menghasilkan kereta-kereta berimej gagah,jahat dan berotot-otot,maka lahirlah terma 'American Muscle Car' berdasarkan trend rekabentuk zaman tersebut. Enjin-enjin yang dibekalkan untuk 'Muscle Cars' ni pun bleh tahan Muscle,sekitar 3500cc hingga 7000cc. Amacam?dah macam enjin lori. Era ini juga menyaksikan rekabentuk kereta-kereta jepun terikut-ikut dengan trend yang dibawa designer-designer Amerika Syarikat. Lihat sahaja rupa Toyota Celica Liftback TA27/RA28,sumpah macam Ford Mustang Liftback kalo tengok dari belakang. Datsun Skyline GT-R KPGC110 pun apa kurangnya,gagah lagi jahat.Cuma enjin untuk kereta buatan jepun takde la sebesar enjin American Muscle,abis besar pon 2400cc je.Ini kerana jepun mementingkan penjimatan minyak,lagipun kereta-kereta buatan jepun ni tak berat macam American Muscle.....pakai enjin kecik pun dah bleh laju pe. Dan lagi satu,sistem cukai jalan jepun mirip dengan sistem cukai jalan Malaysia,lagi tinggi CC,lagi mahal rodtek...bayangkan kalo 5000cc,berapa riban nak bayar rodtek je,insuran lagi,memang peh.....


Toyota Corolla KE30,dilahirkan pada era yang sama. Tema 'Coke Bottle Style' juga diterapkan pada styling kereta ini,tapi takde la agresif sangat... maklumlah, kereta ini direka bukan untuk tujuan sepot atau resing,ia hanyalah sebuah sedan 4 pintu untuk kegunaan seharian bagi mereka yang sudah berkeluarga.KE30 yang dipaparkan pada kali ini milik seorang forumer tegar olskool.org-Ahmad Fairus atau lebih mesra dengan panggilan Amad yang mana menurut beliau kalo tak login forum satu hari untuk membahan Pendi,boleh menyebabkan beliau hilang selera makan.

Bagi sesiapa yang kurang berminat dalam merestorasi kereta lama pasti tak berapa nampak keistimewaan KE30 Amad ini.Mereka cuma menganggap perbezaan KE30 Amad dengan KE30 pakcik-pakcik dikampung hanyalah keadaannya yang sangat terjaga. Berbeza sekali dengan pandangan penggiat industri kereta lama,1st impression-bukan sikit duit dah dilaburkan untuk restorasi sebegini.



Melihat kedalam enjin bay KE30 Amad ini,sekali lagi jangan tertipu.Nampak macam stended tapi sebenarnya tidak. Enjin 3K 1200cc asal telah ditukar kepada enjin 4K 1300cc yang diambil dari Corolla KE70,dipasang secara plug and play kerana rupa paras luaran enjin 3K dengan 4K ni memang hampir tiada beza. Diatas kertas,enjin 4K mampu menghasilkan sekitar 64 bhp-sama power dengan enjin Mira L200s turbo.64 bhp tu kalo stended,4K Amad ni dah tak stended. Piston asal 4K telah digantikan dengan piston dari enjin 5K yang mana secara matematiknya enjin 4K Amad ni sekarang bersesaran 1500cc. Camshaft juga telah di 'reprofile' pada lobe-lobe asal untuk menghasilkan power band yang lebih responsif. Digandingkan bersama,karburator siri DCNF dari Weber yang mempunyai 2 tekak berdiameter 40mm yang ditala oleh pakar Weber tersohor di Malaysia- Pakcik Ramly Escort. Jangan tak tau,Weber siri DCNF ni juga ialah karburator stended yang dibekalkan untuk Ferrari 308,tapi Ferrari tu pakai 4 bijik sekali,Amad pakai sebijik je. Turut digandingan dengan karburator ini ialah penapis udara jenama Scat.




Amad terkenal sebagai seorang yang mempunyai kepakaran DIY tahap tertinggi.Melihat pada bahagian dalaman kereta beliau,banyak sekali tempat yang mendapat sentuhan peribadi Amad antaranya sistem power window, door pad yang dibalut sendiri dan pemadanan material sound profing disegenap bahagian bawah karpet. Amad masih mengekalkan dashboard asal KE30 dan berjaya mendapatkan panel meter KE30 yang dilengkapi tachometer bina dalam yang amatlah rare. Kalau dah ada sound profing pada bahagian kokpit rugilah kalau takde sistem stereo yang mantap.Kepakaran DIY Amad sekali lagi digunakan untuk memadankan head unit dari Pioneer,power amp,speaker infinity didepan dan speaker caliber dibahagian belakang.

Pada bahagian brek,Amad hanya memadankan brek servo lebih besar yang diambil dari Toyota Starlet EP82 GT yang menurut Amad sudah cukup kuat bila digandingkan dengan kelengkapan sistem brek asal. Pada bahagian suspensi pula,Amad masih mengekalkan suspensi asal KE30 untuk pemanduan yang selesa. Cuma spring depan telah digantikan dengan spring dari Corolla Levin AE86 dan lowering block 1 inci pada bahagian belakang untuk mengelakkan dibahan Kay kerana bersifat jinjang. Anti-roll bar dari Toyota Corona TT141 juga telah dipadankan pada suspensi belakang dan hasilya,kurang daya olengan setiap kali Amad layan touge.

Sport rim adalah perkara yang amat dititik beratkan bagi kebanyakkan ahli-ahli olskool.org. Ini kerana rim yang cantik mampu menutup sebahagian besar karat-karat pada badan kereta pada pandangan zahir.Kalau body kereta takde karat macam kereta Amad ni,pemadanan rim yang mangkuk lagi berkilat mampu membuatkan kereta tersebut kelihatan sangat 'Apam'-gebu dan menyelerakan. Amad telah memilih rim Volks Racing Mesh bersaiz 14X7jj didepan dan 14X7.5jj dibelakang.Offset Amad sendiri tak tau,tapi berdasarkan pengalaman sebagai besi umpil tayar selama setahun offset rim Amad ni sekitar 0 hingga negatif 1,dia punya bibir boleh tahan peh jugak. Rim-rim ini disaluti tayar bersaiz 185/55/R14 di keempat-empat sudut.





Bahagian luaran KE30 Apam ini masih mengekalkan hampir 90% rupa asli dengan kebanyakkan peralatan ditukar baru oleh Amad termasuklah bumper depan dan belakang,tail lamp dan sebagainya. Lampu utama telah ditukar dengan lampu kristal 'after market' dan dilengkapi lampu maghrib jenis LED 7 bijik pada setiap lampu. Grill depan diambil dari model sepot Corolla E30 iaitu Corolla TE37 Levin Hardtop. Grill ini dipadankan dengan sedikit pengubahsuaian sebab Amad tak nak pakai bonet depan dari Levin. Apa yang membuatkan KE30 Amad ini sangat JDM adalah 'bumper overide' yang terletak diantara plat nombor pendaftaran pada bumper depan beliau-rare sungguh. Amad masih mengekalkan warna putih asli KE30 ini untuk mendapatkan efek 'showroom condition'.



Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan proses restorasi kereta Amad ni,anda bolehlah menjengah ke forum olskool.org .Sebarang persoalan tentang KE30 insyallah akan Amad jawab dengan seikhlas hati.

7 comments:

  1. hahaha...apam gebu

    ReplyDelete
  2. mane nak cari bumper chrome KE30?

    ReplyDelete
  3. hemsem laa kete amad.... jeles-jeles...

    ReplyDelete
  4. bumper ke30 mmg chrome pun, beze mesia nye spec ngan JDM/ USDM ialah bergetah hitam...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum semua..aku nk start main ke30 ni..hahahaha..

    ReplyDelete
  6. Cibik burok ade lgi x.brape nak jual klu ade

    ReplyDelete

Rungutan korang