Tuesday, January 5, 2010

Olskool.org: Southern Region feat. Central Region Konvoi Abah Kawin 2hb-3hb Jan 2010

Konvoi-aktiviti yang aku agak suka. Kali ni sempena majlis persandingan Abah a.k.a Bapak a.k.a (yang terbaru) Fir,salah seorang Moderator forum Olskool.org serta wakil Olskool.org jajahan Johor cawangan Kluang.Dan kali ni agak istimewa kerana disertai wakil dari Olskool.org Central region-Wan Cina,Kay Apam,Amad KE30,Sara dan Aina yang datang dengan 2 buah kereta Ikon Olskool.org Central Region,KE70 Kay dan KE30 Amad.Mula-mula ramai lagi geng central nak turun,tapi disebabkan 4hb tu bebudak nak naik sekolah,maka geng-geng yang berstatus bapak tak dapat nak ikut. Abah sebenarnya dah nikah 6hb Dis. 2009 haritu,sanding belah perempuan pun dah buat,kali ni majlis sanding belah dia pulak.

Untuk konvoi kali nih,aku tak bawak Cibik,tapi bawak sebiji lagi kereta lama dibawah jagaan aku-Datsun B310 120Y sedan. Tujuannya ialah untuk ujian jalan jauh setelah berhabis riban-riban untuk modifikasi sejak beli kete nih bulan Mei tahun lepas. Ujian-ujian termasuklah ujian fuel consumption,ujian tempreature,ujian tahap minyak itam(makan ke tak makan),ujian reaksi awek tol gate girl masa amik tiket/bayar tol,ujian gelagat driver iswara ketika kene potong ikut lane kiri dan lain-lain lagi.

Berbalik ke kronologi konvoi kali ni,aku keluar rumah lebih kurang pukul 8 malam-gerak sekali ngan Kamben* Bjan,pastu teman Bjan isi minyak Kamben beliau kat shell Bukit Alif,pastu gi kempas amik Co-Driver aku-Ude ngee ngee,dan pastu lagi skali,gi Petronas Tol Skudai sebab Azfar dah tunggu kat sana. Kami berempat gerak dulu malam tu ke Kluang untuk menyambut wakil dari Central Region,penyamun-penyamun yang lain gerak esok pagi.





Lepas ambik gambo,berborak dan buat lawak bodo sesama sendiri sikit lebih kurang,kami pun bergerak lebih kurang pukul 9 malam. Lepas tol skudai,Bjan dan kamben beliau……..vvvrrroooooopppppp!cilakak, aku plan nak gerak steady-steady je,dia sudah petik pulak…terpaksa aku ikut Bjan dengan kelajuan 1** KM/H….bapak la laju menatang Kamben nih. Layan punya layan tetiba sebelum sampai RnR Kulai,Bjan slow,aku potong Bjan untuk lead konvoi.Aku nampak lampu Bjan follow aku secara selamat kat belakang.Sampai kat Sedenak tetiba henpon ude berbunyi,Bjan talipon katanya.Rupanya Bjan kat RnR Kulai…berenti sebab enjin Kamben overheat,air tending keluar dari radiator.Cheh,rupanya yang belakang aku ni bukan Kamben Bjan,Mitsubishi Colt si Azfar rupanya!Bjan patah hati…dia gerak slow-slow patah balik rumah.Dah tinggal kami bertiga je…
Kami turun tol Air Hitam lebih kurang pukul semilan,benti jap kat tol sebab Ude nak qadaq hajat. Sambil tu posing-posing dulu tepi jalan



Tanpa membuang masa,kami terus gerak Taman Saujana,Kluang. Abah suruh tunggu kat simpang masuk Taman tu,dia nak ajak pegi rumah dia,ada makan-makan doa selamat katanya.Kami sampai rumah Abah dalam pukul 10.15 malam.Tanpa segan silu,aku yang memang belum makan segera amik pinggan. Lauk dia peh,memang peberet aku-gulai labu.Sambil makan Abah cakap Amad and the Gang lambat sket sampai pasal amad breakdown kat Seremban,distrubuter hancus….huhuhuhuhhu,ngeri aku dengar. Tak lama lepas tu,Tam sampai ngan sorang lagi member Abah.





Tunggu dia berdua abis makan,lepas tu kami terus bergerak ke tempat penginapan-Kluang Government Rest House.



Kami sampai kat Rest House ni lebih kurang pukul 11.00mlm. Rest House nih memang Pehhhh! Original.Standard.Classic…….olskool joy! Bentuk bangunan gaya zaman 70an,aku dah terbayang esok pagi macam-macam pose aku nak suruh Datsun aku buat. Aku ngan Abah gi uruskan hal-hal check-in dulu kat kaunter,masa ni sekali lagi aku terasa klasik….1 bilik ngan 3 katil,1 bilik ngan 2 katil tambah 1 tilam,dan 1 bilik ngan 2 katil lengkap dengan TV dan ekon hanya RM287.50. Amacam?Klasik tak harga?
Siap urusan check-in,kami masuk bilik.Peh bilik….rare joy,rare!
Bilik kami (aku,ude ngan azfar)ada satu hall dilengkapi 3 sofa bujang dan satu meja kopi



Ruang tidur ada 3 bijik katil,satu TV(ada channel Singapore…rare…rare…aku ingat dah dekat 5 tahun gak la tak tengok channel singapore ni sejak dah pakai Astro),1 meja solek,satu gobok baju saiz king



Dan satu lagi barang yang rare kat bilik in….jeng…jeng…jeng…meja katil dengan switch lampu serta remote TV! Semua switch lampu masih lagi in good working condition (ayat jual barang) ,Cuma remote tv dah tak function



Try shoot klasik skali tengok camne……







Geng KL sampai lebih kurang 12.oo malam,sesudah sampai kami pun sambut diorang ngan penuh keriangan dan beberapa das bahanan. Aku tengok berkaca gak la mata Wan Cina dapat jumpa kitaorang (tak pasti plak aku berkaca sebab terharu ke atau baru lepas menguap).







Amad pun mengambil kesempatan untuk pass rim yang pokjik tolong belikan kat kelantan untuk abah-RS Watanabe 4 Spoke 13X6.5jj.Hari kawin-kawin sempat lagi deal rim,hampeh…



Lepas siap hantar diorang semua masuk bilik,siap untuk aktiviti rutin-Sesi Teh Tarik (TT) kat bandar Kluang,Tah apa kedai tah abah bawak,bukan kedai mamak,kedai nasi ayam apa tah aku tengok ada tulis kat belakang baju perkerja diorang.Err tak lupa juga,aku tertinggal konvoi kat satu traffic light,pastu sesat…gila malu ngan Wan Cina yang tumpang kete ngan aku,ada ke patut orang Johor sesat kat Johor :P









Masa kitorang siap-siap nak bangun gerak gi bayar air,ada plak sebiji kete Peronda datang berenti depan kedai,pastu pakai pembesar suara suruh 3 biji kete depan kedai (kete Amad,Azfar ngan Abah) dialihkan sebab menghalang pili bomba. Abah pegi kat kete peronda tu cakap yang kami memang dah nak gerak. Ok,diorang paham dan blah.Lepas kami bayar air,dah nak masuk kete,kete peronda tadi datang balik,marah azfar cakap dia masuk wrong way….hek eleh,poyo betul aku tengok,orang dah nak blah tak yah la nak kacau lagi.,lagi pun tengah malam,kawasan tu memang lengang. Kay secara bengang mintak maap kat pakcik poyo 2 orang tu,nasib baik tak mengentan,kalo mengentan aku ingat memang tak berapa baik la nasib 2 orang pakcik poyo tu,si Kay ni agak ada-ada punya orang.

Balik rest house,kami lepak kat bawah dulu,sesi-sesi bahan membahan untuk kali keberapa tah.Dah dekat pukul 3 pagi baru la memasing balik bilik.Aku tido lebih kurang pukul 3 malam tu……

Bersambung…..

*Kamben-Nickname untuk Toyota Starlet KP60/KP61

2 comments:

  1. kay tu ada bela...bhy

    ReplyDelete
  2. ekekekeke... caya lah geng trimas a lot... btw rim RARE pisang 4 batang tu member os jugak yg sarung bukan untuk aku hehehehe ;)

    ReplyDelete

Rungutan korang